Header Ads

Ramai yang bakal jatuh cinta dengan Zayan, ini antara 5 sebab yang anda perlu ketahui


Muda, segar dan memahami isi hati... 

Zayan pakej lengkap gaya hidup Muslim moden kontemporari.
Jika sebelum ini anda tercari-cari hab gaya hidup Muslim kontemporari, Zayan adalah jawapannya. 

Zayan bukan sekadar stesen radio yang memberi hiburan positif dengan seleksi lagu-lagu pop dan muzik ketuhanan tempatan dan antarabangsa, tetapi boleh diakses menerusi beberapa platform lain termasuk laman web, sosial media dan aplikasi telefon pintar.


Tidak cukup dengan itu, dengan Zayan anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari idea gaya #OOTD, info dunia teknologi, dan berita terkini. Zayan #indahdihati, segalanya di hujung jari.


Kami senaraikan 5 sebab mengapa Zayan perlu menjadi peneman anda setiap hari…


#1 Pelengkap Jiwa, Penuhi Selera




Sesuai dengan maksud Zayan itu sendiri, sesuatu yang lebih cantik, lebih baik, indah dan menarik. Zayan bukan sekadar halwa telinga, tetapi turut menghidangkan pengisian segar menepati gaya hidup moden kontemporari. Zayan sebuah hab lengkap sebagai rujukan untuk mencari idea fesyen, hiburan mendidik jiwa dan info bermanfaat.    

#2 Pilihan Mipsters



Fokus utama tentunya kepada golongan muda, jadi tidak hairanlah jika pengisiannya turut menjurus kepada fesyen muslimah, teknologi dan hiburan.

#3 Penyampai Berpengaruh

Penyampai Zayan ni bukan calang-calang. Mereka berpengalaman luas dalam industri hiburan tempatan, bergelar penyanyi, pengacara dan pelakon. Mereka personaliti radio yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi…

Mawi

Mawi, bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini pernah mencetuskan gelombang Mawi World, seorang pengacara, pelakon, penerbit, ahli perniagaan dan penulis lagu berbakat.

Anas Tahir

Nampak serius tetapi ada sahaja lawak Anas Tahir buat anda tidak kering gusi dan semestinya dalam lawak terselit tip serta nilai positif buat pendengar. Adik penyanyi terkenal Faizal Tahir dan bekas penyanyi kumpulan Far East dan Firdaus ini merupakan graduan Swansea University, United Kingdom, mengemudi segmen pagi bersama Mawi. 

Raqiz Majid


Raqib Majid, seorang lagi bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-9 yang terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan, kebolehan bertaranum, bermain gitar dan turut berpengalaman dalam bidang pengacaraan. 

Lin Ariffin

Bekas pembaca berita dan hos program bual bicara Bismillah Ad-Duha di Astro Oasis, Lin Ariffin mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran televisyen sebelum terjun ke dalam bidang penyiaran radio. Personalitinya menarik, positif dan tidak kalah menggayakan #OOTD pelbagai gaya Muslimah kontemporari.  

Falyq

Falyq, contoh anak muda aktif yang bercita-cita tinggi tetapi pada masa sama berpengalaman luas dalam bidang penyiaran radio dan pengacaraan. 

#4 Muzik Mendidik Jiwa

Memainkan lagu-lagu pop, muzik Ketuhanan tempatan dan antarabangsa. Isu-isu yang disentuh membawa kepada gaya hidup Muslim yang lebih baik, positif dan memberi manfaat kepada manusia sejagat.

#5 Aplikasi Pintar

Nantikan kemunculan mobile apps yang bakal menemui anda tidak lama lagi... Aplikasi telefon pintar sebagai sebuah hab gaya hidup Muslim yang lengkap dengan lokasi masjid berhampiran, arah kiblat, berita terkini, kandungan gaya hidup dan pemberitahuan waktu solat.

Jika sebelum ini ramai yang tercari-cari pengisian padat yang sesuai dengan jiwa Muslim kontemporari. Zayan hadir memberi jawapan. Ada banyak lagi sebab mengapa anda bakal terpaut pada Zayan. Tidak percaya? Jadilah antara pendengar awal Zayan, yang telah ke udara 2 Oktober lalu.

Zayan boleh diikuti menerusi frekuensi 104.9FM di Lembah Klang, Alor Star (98.1FM), Ipoh (106.4FM), Melaka (98.9FM), Johor Bahru(92.8FM) dan Kuantan (91.6FM). Ayuh, sebarkan kebaikan dan aura Zayan!
Dikuasakan oleh Blogger.