Header Ads

Petanda bahawa perempuan itu sukakan kita, kalau terjumpa jangan buat tak tahu pula


1. Sentiasa muncul dalam kehidupan lelaki tersebut

Bila seorang gadis menyukai seseorang, mereka akan cuba mendekati orang tersebut. Bermacam-macam cara dia akan cuba menonjolkan dirinya dihadapn lelaki tersebut tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam media sosial lelaki tersebut. Ada masa dia akan curi-curi melirik kepada orang yang disukai dengan harapan orang itu perasan tentang perasaan suka yang dia ada tu.

2. Bertanya banyak soalan

Sudah lumrah bila menyukai seseorang kita pasti akan ada sifat ingin tahu tentang oran yang disukai, jadi yang lelaki tu jawablah soalan tu sebaiknya dan bukalah mata korang tu yang awek tu nak rapat dengan korang.

3. Cemburu

Cemburu orang perempuan memang tinggi tapi kita kene tahu yang mereka ni seorang penyimpan rahsia yang bagus. Ada yang pandai sorokkan rasa cemburu tapi ada yang memang tak boleh sabar dengan sifat cemburu ni. Bukan apa, cemburu tu tandanya sayang jadi korang yang lelaki ni jangan gatal-gatal nak cerita perihal kekasih lama korang pulak kalau dah tahu dia suka korang!

4. Dia ingat jadual korang dan hari-hari penting

apabila tiba hari-hari penting seperti hari peperiksaan,hari lahir,hari interview dan sebagainya mereka akan menjadi orang yang pertama untuk memberi ucapan selamat dan sebolehnya nak berada di samping anda.


Jadi korang yang lelaki tu kalau ada perempuan yang berperangai sebijik macam ni, jagalah dia dan hargai segala usaha dia untuk bersama dengan korang.
Dikuasakan oleh Blogger.