Header Ads

kita semua pernah di ajar oleh guru, tapi kita sedar tak nilai pengorbanan yang mereka berikan?


Semua orang mempunyai guru, tiada satu orang pun yang berjaya tanpa perlu belajar dari seseorang yang digelar guru. Tetapi pernah tak kita terfikir betapa besarnya pengorbanan seorang guru terhadap diri kita?

Sesungguhnya peranan seorang guru sememangnya besar. Ini adalah kerana mereka yang di didik tersebut adalah antara orang-orang yang akan meneraju dunia di masa akan datang. Mereka yang dibimbing ini juga lah yang akan mempamerkan akhlaq dan peribadi yang dikehendaki islam selaras dengan Al-Quran sunnah.

Untuk mengawal 30-40 orang murid didalam satu kelas bukannya tugas mudah kerana kita sendiri yang sudah habis sekolah ini pasti sedar akan kepayahan dan terujinya kesabaran seorang guru dengan kenakalan anak murid yang setiap satunya mempunyai perangai yang berlainan.Pernah terfikir bagaimana guru-guru ini mampu memotivasikan diri mereka untuk terus bersabar dan meneruskan perjuangannya dalam mencurah ilmu kepada anak-anak murid?

 Anda pernah terfikir apa yang boleh dibalas dengan jasa-jasa guru anda? Macam tak ada je kan? sebab itulah admin cakap pengorbanan guru ni sangat besar. Orang yang mendidik kita dengan penat lelah sehinggakan ada yang tidak sempat meluangkan masa mereka dengan ahli keluarga mereka sendiri kerana risaukan anak muridnya yang akan menghadapi peperiksaan-peperiksaan utama yang akan menentukan arah tuju seseorang murid.

Sememangnya peranan guru adalah sangat luas kerana mereka adalah pendidik, pembimbing dan pendorong kepada mereka yang ingin menimba ilmu pengetahuan sama ada dalam bentuk keduniaan mahupun akhirat. Mereka juga bertindak sebagai penggerak kepada sesuatu pasukan iaitu sebagai penasihat terutama yang melibatkan aktiviti di luar kelas. Jadi tidak hairanlah jika kita kerap mendengar ada pepatah yang mengatakan bahawa ‘guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Justeru, Admin menyeru supaya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan insan bergelar guru yang langsung tidak pernah mengenal erti jemu dan berputus asa dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan berguna dan berbakti kepada bangsa serta negara. Terima kasih cikgu! Tanpa anda kami anak murid ini bukanlah sesiapa.

Nukilan ini untuk semua orang yang berada didalam bidang mengajar termasuklah pensyarah dan sebagainya. Terima kasih semua.

Ini adalah antara guru-guru yang pernah menjadi pendidik admin.









Ex student-SMK JALAN TIGA,BBB
2010.

Dikuasakan oleh Blogger.