Header Ads

Perkongsian lelaki ini berjaya simpan RM3,700 dalam masa 6 bulan dengan RM5 dan RM20


Dikongsikan oleh Mohd Faiz tentang tips berkonsepkan " Rela Paksa" untuk menyimpan duit yang telah beliau praktikkan di mana dia berjaya menyimpan RM3,700 dalam masa enam bulan.

Jom kita tengok macam mana dia buat.

Idea ini sangat mudah untuk dipraktikkan oleh semua orang.

Ok, first sekali letakkan targer duit berapa nilai yang nak dijadikan simpanan korang.

* Tempoh masa: 10 bulan ( Januari- Oktober)
* Tujuan: Nak bawa mak ayah jalan-jalan pergi Sabah (Contoh)
* Duit yang dipilih: RM 5 dan RM 20

Peraturan Wajib:-

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5

Credit: Apakes
Dikuasakan oleh Blogger.