Header Ads

Perkara yang perlu disemak sebelum melakukan aktiviti pembelian rumah pertama


Pasti ramai yang tertanya-tanya proses membeli rumah pertama, ia bukanlah suatau perkara yang hari-hari kita lakukan. Malah ada kemungkinan itu lah sekali sahaja proses beli rumah yang akan dijalankan oleh kita. Jadi tidak mustahil lah kita lupa atau tidak tahu.


Sebelum memilih pastikan anda mengetahui ciri-ciri rumah yang nak dibeli.
berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk semua rumah:

a) Jenis rumah – Banglo, Semi-D, Teres, Apartment, Kondominium.

b) Jenis geran – Pegangan bebas (freehold), Pajakan (leasehold), Tempoh pajakan, Sekatan kepentingan.

c) Pelan rumah – Pelan lantai, saiz ruang, jumlah bilik, jumlah bilik air dan tandas.

d) Kelengkapan – Soket elektrik, punca air, tempat letak kereta, lif, kolam renang, pagar.

e) Lokasi – Dalam bandar, Pinggir bandar, Luar bandar, Jarak dari tempat kerja.

f) Kemudahan – Sekolah, pusat beli-belah, bank, stesen minyak, taman awam.

g) Jaringan pengangkutan – Lebuh raya, jalan raya, pengangkutan awam.

h) Komuniti persekitaran – Kejiranan, pengawal keselamatan, status banjir.


Oleh kerana kebanyakan harga rumah zaman sekarang adalah harga mampu tengok, maka agak mustahil untuk orang biasa beli rumah secara tunai. Oleh itu, kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan menjadi keperluan bagi mereka yang nak dapatkan rumah impian.

Tetapi, pembiaya-pembiaya (bank-bank, agensi-agensi) pula ada syarat dan terma mereka sendiri dalam meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman perumahan.
Selepas mengetahui ciri-ciri rumah tersebut barulah kita pergi mendaptkan perkhidmatan pinjaman wang perumahan (Housing Loan).

Antara kriteria yang mereka akan lihat adalah jumlah pendapatan pemohon, komitmen kewangan lain, rekod bayaran kredit pemohon dan jenis rumah.Jadi, dalam fasa pra-pembelian cara beli rumah pertama anda, amatlah penting untuk menilai kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan anda.

Sebagai permulaan, boleh lihat dahulu perbandingan antara pakej-pakej pembiayaan pinjaman perumahan yang disediakan bank-bank di Malaysia.

Rajin bertanya dengan rakan-rakan yang dah ada pengalaman atau minta bantuan dari pihak peguam.
Semoga berjaya!

Dikuasakan oleh Blogger.