Header Ads

Perdana Menteri umumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dikekalkan pada RM1,200 untuk tahun depan


Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat menerimanya dengan hati yang terbuka dan rasa syukur. Selepas dinaikkan setiap tahun sejak 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiada kenaikan lagi bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk tahun depan.

Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri berkata peruntukan untuk program wang tunai tersebut kekal pada RM6.8 bilion yang melibatkan 7 juta penerima seperti mana tahun sebelumnya. Pemberian kadar maksimum BR1M juga dikekalkan pada RM1,200.

Katanya lagi," jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya".

Pemberian BR1M yang diperkenalkan pada tahun 2012 dan merangkumi:-

1- RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah,

2- RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000

3- Bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih yang berpendapatan RM1,500 ke bawah juga turut menerima bantuan BR1M.
Dikuasakan oleh Blogger.