Header Ads

Percaya atau tidak ada kucing berharga seperti harga sebuah rumah,Anda boleh lihat senarai ini

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan terpopular di dunia. Ada yang memelihara nya sebagai hobi dan ada yang memelihara untuk dijadikan sumber perniagaan. Seperti yang kita semua tahu bermacam-macam jenis kucing yang dijual pada harga yang berlainan tetapi tahukah anda kucing termahal di dunia?

Savannah Cat

Kucing ini memiliki kaki yang panjang, bahu tegap, leher ramping, kaki panjang, mata seperti bomerang, dan bentuk hidung menyerupai cheetah.Savannah dikenal sebagai kucing yang memiliki kesetiaan tinggi pada pemiliknya. Harganya sekitar $1500-$50,000.

Bengal Cat

Kucing ras ini memiliki bentuk tubuh menyerupai leopard, dengan kepribadian yang cukup lembut. Kucing ini menyukai air. Mereka suka bermain dan memiliki kemampuan untuk melompat sejauh 8 kaki dari tanah. Harganya $1000-$25,000.

Persian cat

Kucing Persian memiliki ciri khas seperti bulunya yang panjang, Muka lebar dan kaki yang pendek. Kucing Persian juga sangat akrab dengan manusia, baik anak kecil ataupun orang dewasa dan lebih gemar berada di dalam rumah. Harga di pasaran sekitar $1000-$6000.

Peterbald cat

Peterbald adalah sejenis kucing yang berasal dari Rusia, Kucing ini pada asalanya adalah hasil dari sebuah eksperimen oleh Olga S. Minorova. Ia kelihatan seolah-olah tiada bulu, Bentuk tubuh ramping, leher panjang dan ekor yang panjang. Harganya sekitar $1000-$5000.

Ashera cat

Ashera cat adalah sejenis kucing hibrid yang dipasarkan oleh syarikat "Lifestyle pet". Kucing ini dikatakan mirip seperti kucing savannah, ia menimbulkan satu kontroversi dimana orang mempersoalkan harganya yang dikatakan mampu mencecah $125,000.
Dikuasakan oleh Blogger.