Header Ads

Pelukis Amatur Ini Membuat Patung Aksi Menggunakan Selipar Lama. Hasilnya Sangat Menakjubkan!


Elmer Padilla, seorang pekerja muda di tapak pembinaan dari Manila, Filipina, baru-baru ini menjadi terkenal di internet selepas gambar-gambar patung aksi buatan tangan miliknya menjadi tular di beberapa media sosial.

Kehebatannya yang mampu membuat sendiri patung-patung aksi tersebut membuatkan ramai berasa kagum. Tetapi, apa yang sebenarnya yang lebih menarik perhatian ramai ialah bahan yang digunakan oleh pelukis amatur itu - selipar lama.

Gambar yang dikongsikan di Facebook menunjukkan pertunjukan seni oleh Elmer Padilla dengan memotong selipar pelbagai warna menggunakan pisau dan gunting, dan menjadikannya patung seperti wira Transformers, Predator, dan Marvel.


Seperti yang anda lihat, hasil ciptaanya benar-benar menakjubkan!

Ayah kepada dua orang anak perempuan, Elmer Padilla bekerja sebagai pekerja pembinaan di perkampungan Imus, dan turut memperoleh pendapatan sampingan dengan membuat dan menjual patung aksi yang diperbuat daripada selipar.

Adrian Soriano, rakannya yang berasa kagum dengan bakat Elmer, telah berkongsi gambar hasil kerja Elmer di GUHIT Pinas Facebook group, yang mana telah memperoleh hampir 3,000 likes dalam masa beberapa hari.




Semenjak dari itu, ramai yang mula bertanya di mana mereka boleh membeli patung aksi tersebut, dan ada yang ingin membantu Elmer membuka kedai dan mempromosikannya.

Menarik, bukan? Mungkin anda juga boleh cuba untuk menciptanya dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan!





Dikuasakan oleh Blogger.