Header Ads

Patah hati macam mana pun kita mesti bangkit, tapi bagaimana?



 Hampir semua orang merasai kecewa putus cinta, bezanya bagaimana kita nak mengatasi kekecewaan tersebut. Setiap kekecewaan pasti mengambil masa, lebih-lebih lagi bila kita mula serius dengan pasangan kita. Admin harap tips ini dapat membantu korang.

1. Berfikirlah secara matang

Yakinkan diri anda bahawa ada hikmah di sebalik perpisahan yang berlaku. terima seadanya keputusan atau perlakuan pasangan kita itu. Percayakan diri sendiri yang anda mampu bangkit dari kekecewaan yang melanda.

2. Sibukkan diri

sibukkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti harian dan kurangkan termenung kerana ia akan membuat anda teringatkan si dia. jika ada masa terluang berbual lah dengan rakan-rakan anda supaya anda dapat melupakan dia.

3. Makan

walau kecewa macam mana pun jamah sedikit makanan kerana badan kita tak mampu nak bergerakaktif kalau tak makan. jangan kerana satu kekecewaan kita alami satu badan kita menanggung kesakitan nya.

4.Bersedih

Tidak salah untuk merasa sedih tapi jangan tunjukkan sangat kesedihan korang dihadapan orang lain. kekal positif dan ceria depan orang lain.

5. Tingkatkan keimanan

Putus cinta memang buat kita patah hati, rasa sakit yang kadang-kadang mendorong kita buat sesuatu yang diluar kotak pemikiran. apa kata korang berdoa kepada Yang Maha Esa supaya diberikan kekuatan dan pengganti yang lebih baik.

Ingat, jodoh itu ketentuan Ilahi, setiap perancangannya adalah yang terbaik untuk kita. kita sebagai hambanya mampu berdoa supaya diberi perkara yang lebih baik.

6. Rindu sesi bercakap di telefon

Cuba lah korang call kawan-kawan korang yang jauh tapi rapat tu, mereka pasti sudi menjadi peneman anda dengan hati yang terbuka.nak telefon orang yang baru dikenali pun boleh juga,siapa tahu dia mungkin jodoh yang dicari
Dikuasakan oleh Blogger.