Header Ads

Nak pergi bercuti tapi tak tahu kemana? lihat senarai lokasi yang admin kongsikan



Sekiranya anda seorang yang gemar bercuti di kawasan-kawasan pantai dan pulau admin nak cadangkan korang pergi ke beberapa lokasi yang pada admin tempat yang sangat menarik untuk dilawati dan cantik. Tempat-tempat ini juga bukan sahaja boleh dilawati dengan kawan-kawan anda malah anda boleh bawa family anda skali ke lokasi yang dicadangkan.

5. Pulau Redang

Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu adalah pulau terbesar di kawasan pantai timur Malaysia. Perairannya yang jernih serta pantai yang berpasir putih menjadikannya antara pulau yang tercantik di pantai timur. Banyak hidupan laut yang mendiami kawasan perairan tersebut dan terumbu karang yang cantik hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja di dari persisiran pantai. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.

4. Pulau Tioman

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.

3. Pulau Langkawi

Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark. Di langkawi juga terdapat kereta kabel  yang terletak di Gunung mat cincang, Barat laut pulau. Panjangnya 2.2kmdan antara yang terpanjang di dunia. Bagi admin pulau ini adalah yang termaju berbanding pulau-pulau yang lain.

2. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian yang juga terletak kira-kira 10 batu nautika (19 km) dari pantai timur laut Malaysia di negeri Terengganu, kira-kira 40 batu (64 km) selatan sempadan Thailand.Pulau ini terbahagi kepada dua, iaitu perhentian besar dan perhentian kecik. Pulau ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalamdan luar negara. Selain itu,ia juga menjadi tumpuan untuk penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

1. Pulau Sipadan

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009. Antara tempat yang menjadi 'wishlist' admin untuk dituju.
Dikuasakan oleh Blogger.