Header Ads

Nak kekal cantik tapi tiada duit? ini cara paling mudah dan jimat


1. Mencuci wajah

Pastikan anda mencuci muka sekurang-kurangnye sehari dua kali,jadikannya sebagai salah satu amalan harian yang wajib dibuat. ini kerana aktiviti ini dapat membuang segala kekotoran dan habuk yang melekat pada wajah. kuman dan kotoran itulah yang menjadi punca asal kenapa muka kita berjerawat

2. Memakai Face toner

Face toner ini dapat membantu anda dalam mengawal tone wajah anda dan membantu keseimbangan pH kulit. gunakan selepas mencuci muka dan sebelum anda menyapu sebarang krim di muka anda.

3. Gunakan pelembab wajah yang sesuai dengan muka anda

Anda perlu mengamalkan penggunaan pelembap selepas selesai memakai penyegar wajah. Pastikan anda menggunakan pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

4. sun block/pelindung matahari

Ramai di antara kita yang tidak sedar tentang kepentingan pelindung matahari. Sebelum keluar rumah, anda dinasihatkan untuk melindungi kulit muka dengan krim yang sesuai. Selain dapat mengelakkan penuaan pada kulit wajah, pelindung matahari juga dapat membantu anda terhindar daripada kanser kulit.

5. Skrub Wajah
Skrub ini penting kerana mampu menghilangkan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit wajah. Dengan menggunakan skrub, wajah anda akan kelihatan lebih segar, cerah dan berseri. Pastikan anda tidak menggosok bahan skrub terlalu kuat kerana ia akan merosakkan permukaan kulit selain akan melukakan kulit. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan seminggu dua kali atau seminggu sekali.
Dikuasakan oleh Blogger.