Header Ads

Nak berjalan, tapi risau terlebih bajet? korang boleh cuba tips yang ada ni



Seringkali kita risau duit yang sedia ada ni mampu tak nak menampung perbelanjaan ketika nak pergi melancong. Admin cuba kongsikan beberapa cadangan yang korang boleh cuba amalkan.


-Buat research-

Ringankan tangan buat kajian tentang tempat yang hendak dituju, join group-group traveler dan minta pendapat mereka. selain itu, korang jugak boleh buat persediaan awal dengan membuat list tempat yang nak dituju, pergerakan di kawasan pelancongan tersebut sama ada guna perkhidmatan awam, sewa kereta/van dan sebagainya.

-masa yang sesuai-

maksud admin disini, mungkin korang boleh elakkan pergi melancong ketika hari-hari tumpuan seperti Hari cuti awam. ini kerana waktu ini harga untuk banyak perkhidmatan di kawasan pelancongan akan meningkat dengan ketara sekali.

-Pemilihan tempat tinggal-

bagi admin kita melancong sebenarnya untuk meneroka sesebuah tempat yang belum pernah dituju, jadi tidak perlu lah mencari tempat tinggal di hotel-hotel 5 bintang, cukup sekadar ada tempat untuk tidur, tukar baju dan mandi. kalau melancong sekadar nak duduk bilik hotel admin rasa baik lah duduk di rumah sahaja, boleh jimat duit kan?  

-Kemahuan vs kehendak-


Ini juga perlu dititik beratkan kerana ramai yang gagal menguruskan part ni. Ramai yang ter 'Over Budget' kerana gagal membezakan antara kemahuan dan kehendak. Contoh paling jelas adalah perihal membeli belah dan makan. Ada benarnya sesetengah makanan atau barang yang ada di lokasi korang melancong tu susah nak dapat di tempat lain tapi kalau bajet yang ada tu paras-paras hidung je baiklah kita kawal kemahuan kita yang berselera besar tu. Satu lagi perkara yang sering menjadi punca kurangnya bajet kita adalah budaya kirim-mengirim dengan air liur ni. Kepada yang gemar mintak kirim ni hulur la duit nya skali, baru la kawan kita tu tak terbeban untuk memenuhi permintaan kita tu.


Korang boleh cuba tips yang admin bagi ni, selamat bercuti. Harus beringat dalam sibuk nak berjalan tu, duit belanja lepas bercuti kene ada, jangan balik dari bercuti tak berduit!
Dikuasakan oleh Blogger.