Header Ads

Nak beli rumah jadi susah untuk golongan muda sebab 6 kesilapan ini kerap kali dilakukan


Beli rumah pertama bagi golongan muda ni, ada yang kata senang dan ada juga kata susah. Ikut kepada tahap kewangan korang sebenarnya. Tapi ada kewangan saja pun tak memadai kalau takda ilmu.

Sebabnya korang boleh lihat banyak kesilapan yang dilakukan oleh orang bila bab memiliki hartanah ni, terutamanya golongan muda. Kalau korang nak tahu apa? Jom baca dibawah:-

1- Tidak tahu aliran wang

Pernah tak korang dapat gaji, lepas itu taktahu duit pergi mana. Tiga minggu lepas gaji, tengok semula dompet rasa macam nak menangis. Pertama sekali, korang kena pandai kawal aliran tunai, bukan wang yang mengawal korang. Nak tahu kemana duit tu pergi, buatlah bajet. Kalau duit pon taktahu kemana, macam mana nak bayar rumah nanti, silap-silap ada yang kena surat cinta dari bank.

2- Bercinta dengan hutang

Paling banyak yang buat benda ni adalah mereka yang batu melangkah ke alam pekerjaan terutamanya sektor awam. Dah ada slip gaji, senang la kan nak buat personal loan. Tak fikir dah kesan baik buruknya. Bila ditanya kenapa buat personal loan, jawapannya sebab nak kahwin. Nak buat majlis gilang-gemilang. Takut apa pula orang kata. Keluar universiti, tapi majlis tak grand langsung. Susahlah kalau mentality macam tu. Buat jelah majlis ikut kemampuan. Sebab nanti nak menanggungnya korang, bukan mulut-mulut yang bercapap tu.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit ni membunuh pengurusan kewangan. Kalau tak pandai kawal dan main swap je, bayar pun separuh-separuh memang korang akan merana dan menderita lah nanti. Kadar faedah kad kredit merupakan kadar faedah yang paling tinggi. Boleh capai 18%. Tak salah guna kad kredit kalau korang pandai kawal.

4. Kereta idaman

Tak salah ada impian nak beli kereta mewah. Yang salahnya bila korang beli kereta diluar kemampuan sendiri. Gaji sebulan RM2,000 tapi masih ada impian nak beli kereta Honda City. Alasannya tu lah kereta idaman, kereta impian sejak zaman belajar lagi. Kos petrol, servis, tol, kena ambil kira juga tu.

Takkan setiap bulan nak bayar ansuran kereta tapi malam-malam makan meggi je. Cuba hold dulu impian tu. Kumpul duit dulu. Biar stabil, nanti belilah kereta impian tu. Tak lari gunung dikejar.

5. Gaya hidup mewah

Baru dapat gaji sendiri, dah mula rasa kaya. Lepak kedai mewah nak hipster je. Tak salah mencuba sekali dua tapi janganlah sampai tiap minggu nak makan di luar. Pakaian pula nak yang berjenama je. Handphone beli secara hutan pun tak jadi masalah janji yang latest. Itulah perangainya.

6. Tidak menyimpan.

Masa muda ni buat apa nak menyimpan kan. Tunggu tua sikit la baru nak menyimpan. Itu sikap yang tidak baik. Kalau mula awal, hasilnya juga nampak awal. Cuba mulakan menyimpan 10% dari pendapatan sejak mula kerja. Tak semestinya kena simpan 10%. Mulalah dengan simpan 2% dulu, lepas tu naikkan 5% dari pendapatan. Asasnya, simpan dulu baru berbelanja. Mudah kan?

Dikuasakan oleh Blogger.