Header Ads

Muzik tak dapat dipisahkan dari kita dari kecil sampai sekarang, anda kenal mereka-mereka ini?



Muzik adalah salah satu hiburan yang utama di dunia. Pelbagai genre telah diperkenalkan dan pelbagai artis telah datang dan pergi dalam bidang seni di negara kita termasuklah artis dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Disebabkan penggunaan bahasa yang sama lagu-lagu dari negara seberang mudah mendapat tempat di negara kita.

Berikut merupakan kumpulan dari seberang yang lagunya pernah menjadi siulan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu:


5. Nidji


Nidji adalah sebuah band yang berasal dari Jakarta, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2002. Nidji adalah sebuah perkataan Jepun yang bermaksud pelangi, Kumpulan ini dianggotai 6 orang dan vokalis utama mererka bernama Giring. Antara lagu mereka yang pernah menjadi hit di Malaysia ialah "hapus aku", "laskar pelangi", "biarlah" dan "sang mantan"


4. Samsons


Samsons telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Jakarta, Indonesia. Band ini dianggotai seramai 5 orang dan dianggotai oleh vokalis mereka iaitu Ariadinata. Samsons pada mulanya terkenal dengan muzik orkestra epik mereka mula meniti nama di bibir penduduk Malaysia dengan lagu-lagu hit mereka iaitu "kenangan terindah", "bukan diriku", "naluri lelaki" dan "luluh".

3. Sixth Sense


Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia. Banyak lagu Sixth Sense yang berjaya mendapat tempat dihati peminat muzik tanah air, antara lagu hit mereka "Yang Sempurnakanku", "tak bisa meilihmu", "tanpa", "khatimah cinta" dan "hari ini dan semalam".


2. Kangen Band


Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Lampung, Indonesia. Dianggotai seramai 5 orang kumpulan ini popular dengan lagu "yakinlah aku menjemputmu", "kehilanganmu berat bagiku", "ijab kabul" dan "pujaan hati".


1. Peterpan


Band yang ditubuhkan asalnya dari Bandung,Indonesia muncul sekitar tahun 2000. Dianggotai 5 orang dan diketuai oleh Ariel. Antara lagu mereka yang popular ialah "mungkin nanti", "ada apa denganmu", "semua tentang kita" dan "menghapus jejakmu"


Banyak lagi band terkenal yang tidak dapat disenaraikan antaranya Radja, Dewa19, Ungu, Wali band, Hijau Daun, Letto, Matta, Sheila on 7 dan banyak lagi. Siapa kata lagu-lagu dari Indonesia tak mendapat tempat di Malaysia malah mereka pernah memonopoli dunia seni kita. Terima kasih untuk karya-karya bernas dari mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.