Header Ads

Mungkin anda tidak perasan, tetapi ini antara 10 sebab mengapa anda tinggalkan kekasih anda.

Apbila di bincangkan tentang perhubungan, ianya adalah persefahaman di antara kedua-dua belah pihak, iaitu lelaki dan perempuan. Jadi, sebelum kami kongsikan isi artikal ini, adalah amat penting jika anda faham maksud persefahaman ini.

Apa yang kami ingin kongsikan kepada anda adalah 10
sebab kenapa seorang perempuan itu tinggalkan pasangan mereka.

Info ini di ambil daripada artikal luar, kami merasakan ianya sedikit berat sebelah. Tetapi, jika anda lihat pada isi-isi mereka ini, lelaki juga akan melakukan perkara yang sama jika ingin tinggalkan pasangan mereka.

Jadi, apa yang kami ingin kongsikan ini, hanyalah satu idea yang anda boleh guna pakai dan sedar jika apa yang anda atau pasangan anda lakukan terhadap satu sama lain itu adalah tanda-tanda awal mereka akan meninggalkan anda.

1. Kurang minat yang sama.

Sudah pasti, ada sesetengah pasangan itu, minat mereka langsung tidak sama. Tetapi apabila kita bercakap tentang minat, ianya adalah satu perkara yang boleh dipupuk.Cuma anda kena usaha lebih sedikit.

2. Kurang komunikasi antara satu sama lain.

Kami amat bersetuju dengan point ini, kerana komunikasi adalah satu elemen penting untuk anda kekal bersama pasangan anda.

3. Apabila keintiman fizikal menjadi satu beban.

Keintiman fizikal ini bukan sahaja tentang seks. Tetapi juga seperti berpegangan tangan atau berpelukan, ciuman pada dahi, dan bersalam. Apabila, perkara seperti ini anda rasa seperti satu beban, lebih baik anda check semula pada diri anda.

4. Apabila anda lebih pentingkan diri sendiri.

Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur. Jika perkara semudah ituanda tidak boleh buat, dan hanya mementingkan diri anda sendiri. Anda telah merosakkan perhubungan anda dalam diam-diam.

5. Insecurities (Tidak selamat)

Ada bagusnya juga jika anda ada rasa seperti ini, tetapi jangan terlalu berlebihan. Takut-takut anda telah mengongkong pasangan anda.

6. Banyak penipuan

Kejujuran adalah kunci kebahagian dalam perhubungan. Mudah untuk menipu, dan sukar untuk jujur. Tetapi anda perlu ingat, penipuan itu kadang-kadang untuk menjaga hati, kerana kejujuran itu akan menyakitkan hati.

7. Tiada ruang peribadi

Ini yang dinamakan queen or king control. Bertolak ansur antara satu sama lain. Jika hari ini isteri anda beri peluang untuk bermain futsal dengan rakan-rakan, esok anda beri peluang untuk dia keluar shoping dengan rakan dia pula.

8. Bersikap dingin atau emosi anda tidak ada ruang untuk si dia.

Jika anda rasa anda bersikap seperti ini, cepat-cepat lah anda ubah persepsi diri anda. Kerana ini adalah tanda-tanda awal anda sudah hilang minat pada si dia.

9. Membandingkan si dia dengan orang lain.

Ini juga termasuk dengan membandingkan diri si dia yang dulu dengan yang sekarang. Jika anda lakukan itu dengan tujuan untuk memperbaiki diri si dia, itu adlah baik. Jika anda lakukan kerana anda cemburu dengan apa yang orang lain ada, itu adalah salah.

10. Mengabaikan perkara-perkara yang kecil.

Anda perlu faham, perkara yang kecil itu lah yang akan mengukuhkan lagi sesutau hubungan itu jika anda nampak. Tolong buatkan air apabila suami balik dari kerja, atau tolong ambil anda di tempat kerja. Urutkan kepala apabila anda rasa pening atau sakit.

Itu adalah perkara yang mudah dan pengorbanan kecil yang mereka lakukan untuk anda. Jika anda tidak menghargai perkara seperti itu, maka anda reflek semula diri anda. Adakah anda sesuai untuk diri si dia.
Dikuasakan oleh Blogger.