Header Ads

mulakan hari anda dengan bersemangat di waktu pagi, lihat tips yang admin kongsikan


Seringkali kita rasa penat di waktu pagi dan tidak bersemangat untuk menempuhi hari kita. Cuba amalkan tips yang admin kongsikan ini,semoga anda ceria menempuhi hari-hari anda.

1. Ingatlah bahawa pagi anda sebenarnya bermula pada malam sebelum itu:

 Ramai yang apabila bangun dari tidur berasa sangat letih. Kenapa? kerana tidak puas tidurkah? Tiada apa yang lebih menarik selain dari tidur, jadi mengapa kita perlu melengahkan tidur kita? ini lah caranya untuk memberi badan anda rehat dengan tenang untuk 8 atau 9 jam kerana badan kita memerlukan rehat.

2. Pilih dengan berhati-hati dengan apa yang kita nak dengar:

Kita mempunyai banyak pilihan di waktu pagi untuk mendengar apa yang mampu memberikan kita keceriaan. Jadi, pilihlah sebaik mungkin perkkara yang mampu memberikan kita keceriaan, contohnya lagu-lagu rancak atau pun dengar radio. Waktu pagi la yang akan mencorak hari kita kerana itu adalah permulaan hari. Senyum lah korang dipagi hari supaya hari korang ceria.

3. Makanlah makanan yang berkhasiat:

Pentingnya sarapan kepada semua orang kerana perut yang lapar akan merosakkan mood kita di siang hari. Jangan terlepas dari memakan benda yang berkhasiat.

4. Fikirkan benda yang menarik:

"a positive thinking" penting dalam memulakan hari anda. Bayangkan kita seringklali bangun sahaja dari tidur terus terfikirkan assignment yang tak siap, kerja yang tak selesai di pejabat dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh merencatkan pagi anda.

5. Bangun awal dari kebiasaan:

Tiada apa yang lebih menyerabutkan hari anda dari bangun lewat untuk ke kerja atau ke kelas, latihlah diri anda untuk bangun awal supaya anda tidak kelam kabut. Ini adalah resipi utama untuk memulakan pagi anda dengan ceria kerana lewat menghadiri sesuatu akan merencatkan mood ceria anda di pagi hari.

6. Berdoa:

Berdoa kepada Tuhan tidak kira sekejap atau lama mengikut agama masing-masing adalah sesuatu yang sangat mulia. Apa yang penting anda memulakan hari anda dengan mengingati Tuhan, memulakan hari anda dengan mengingati Tuhan akan membuatkan kita rasa lebih yakin dan lebih bersabar dalam menempuhi hari yang mendatang.

Dikuasakan oleh Blogger.