Header Ads

Muka berminyak macam boleh goreng ayam?, ini 5 cara untuk atasi kulit berminyak


Apa yang menyebabkan muka jadi berminyak? Menurut Heidi Waldorf, MD, pakar kulit di Waldorf Dermatology Aesthetics di New York, semua ini berlaku disebabkan genetik korang yang sedang main peranannya untuk menentukan jenis kulit.

Namun faktor-faktor lain seperti aktiviti harian, persekitaran, dan juga hormon boleh menyumbang kepada kulit berminyak.

Tapi jangan risau, disini ada 7 cara yang korang boleh buat untuk ubah dari kulit yang berminyak kepada lembut bercahaya.

#1. Pencuci muka yang betul.

Sepatutnya fungsi pencuci muka adalah untuk pembersih minyak kerana bahan yang ada dalam pencuci muka itu akan menarik sebum tanpa mengeringkan kulit muka.

Selepas dicuci, kulit sepatutnya akan rasa lebih lembut, bukan ketat selepas dibersihkan," Kata Dr. Waldorf.



#2. Guna toner secara berkala

Intipati toner biasanya boleh menyebabkan kepada kulit jadi sensitif. Dari korang guna toner setiap hari untuk kawal minyak, guna seminggu sekali atau dua kali pon sudah cukup.

Kalau is jenis "astringent" yang mengandungi alkohol, comphor atau pudina, lebih baik berhenti dari menggunakannya kerana ia tidak sesuai untuk kulit muka yang berjerawat

#3. Kandungan produk yang ada Vitamin A

Kenapa ini baik untuk muka? Ia kerana Vitamin A membantu mempercepatkan pembaharuan sel. Juga ia sangat baik untuk antipenuaan dan juga jerawat kerana ia membantu supaya minyak tidak terperangkap didalam liang pori sehingga tersumbat dan menyebabkan jerawat naik dan bintik hitam.

#4. Kulit yang bermasalah perlu penjagaan lebih khusus.

Jangan pula korang nak pandai-pandai rawat sendiri kerana ia mungkin akan menambah lagi masalah sedia ada. Kalau korang rasa ini masalah yang korang tak boleh nak selesaikan sendiri, bolehlah berjumpa dengan pakar kulit sebelum ia menjadi lebih rumit untuk dirawat.



#5. Pilihan jenis mekap

Elakkan dari guna bedak asa yang berat dan boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Gunakan tekstur yang lebih ringan serta formula kawalan minyak dan mattifying yang sesuai dengan korang. Kalau ada bahagian muka yang perlu ditutup lebih, pilih bedak padat atau debu berbanding cecair. Apa-apa pun yang korang pakai, pastikan bersihkan sebelum masuk tidur.

Dikuasakan oleh Blogger.