Header Ads

Merajuk itu satu sifat yang akan ada didalam diri semua orang, tetapi bagaimana nak pujuk seseorang



Merajuk satu perkataan yang sangat sinonim dalam percintaan bukan saja selepas berkahwin tetapi juga pada pasangan yang baru membina cinta antara mereka. Kalau sesebuah hubungan tanpa perkataan ini memang bukan bercinta, mungkin hanya kawan kerana dalam percintaan mesti ada jatuh bangun yang tersendiri. Inilah yang membuatkan hubungan itu sangat istimewa dan unik


Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu

Ya, faktor ini seringkali jadi punca seseorang itu merajuk. Kadang kita tidak sedar perbuatan kita tu menyakitkan hati pasangan, tidak dinafikan ada pasangan yang jenis tidak ambil kisah dengan siapa anda nak berkawan atau keluar akan tetapi dalam 10 orang yang kita rapat tu mesti ada seorang kawan yang dia cemburu bila kita dengan orang tu, terutamanya kawan yang berbeza jantina.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, dia ingin keluar berkaraoke, tetapi anda tidak mahu, dan ingin menonton wayang. Jadi, dia pun merajuk sebab kehendaknya tidak dituruti. Kene beringat bercinta itu melibatkan dua hati, dua perasaan dan dua kemahuan yang berbeza. Sesekali cuba lah beralah demi kebahagian bersama.

3. Orang lain lebih hebat dari dia

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk. Ada juga manusia yang seperti ini, selalunya mereka ini lebih berpewatakan sebagai seorang pendiam dan selalu beralah.

Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa diia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukannya ada jaminan 100% dia akan elok, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah jika anda berterus terang dengan apa yang berlaku. Sekiranya dia merajuk disebabkan kawan kita tu, kita cuba lah cakap elok-elok dan cuba ambil hati dia dengan ceritakan kepada dia siapa "orang itu". Biarlah berulang kali terpaksa ulang ayat yang sama asalkan dia boleh terima penjelasan kita, tetapi kalau dalam satu malam sampai 5,6 kali ulang benda yang sama anda pilihlah jalan untuk berdiam diri supaya dia lebih tenang dan waras dalam membuat pertimbangan.

2. Bertoleransi lah sebaik mungkin
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika dia tengah merajuk tu, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan memanggilnya dengan nama-nama manja yang anda tahu. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang admin sebutkan tadi. Bukan apa, sesetengah dari kita akan merasa sejuk hati bila dipanggil dengan nama-nama manja.
Dikuasakan oleh Blogger.