Header Ads

Menyampah pula bila muka tumbuh jerawat, 4 bahan ini mampu kecutkan jerawat satu malam


Menyampah pula bila tengok muka tiba-tiba berjerawat. Banyak pula kot, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan. Esok pulak ada dating dengan kekasih hati. Macam mana nak hilangkan jerawat dalam masa satu malam?

Ini ada beberapa cara untuk hilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi yang boleh korang cuba.

1. Madu

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe vera

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang putih

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. jangan letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.
Dikuasakan oleh Blogger.