Header Ads

Menurut Azizan Osman orang yang mahu berjaya perlu ada 8 sikap seperti ini


Setiap manusia mesti nak berjaya tidak kiralah apa je benda atau perkara yang dibuat sama ada dalam pelajaran, kerjaya, impian dan hubungan dengan Tuhan.

Nak jadi orang berjaya, kita harus merendah diri untuk menimba ilmu tak kira dimana berada. Jadi kali ni admin kongsikan sedikit kata-kata dari Azizan Osman yang merupakan pakar motivasi dalam bidang kewangan, perniagaan dan pelaburan. Jom kita baca dibawah

1- Bersyukur
Orang yang berjaya setiap perkara yang diusahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.

2- Orang yang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya

3- Tidak membanding bandingkan diri sendiri

Nak berjaya kita mesti menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba untuk perbaikinya

4-Suka tolong orang

Sentiasa cari jalan menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain yang serba kekurangan

5- Memupuk hubungan sosial

Mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif

6- Buat strategi sendiri

Tidak mengambil pendekatan hentam kromo sahaja dalam melakukan sesuatu perkara terutramanya perkara yang besar

7- Maafkan orang lain

Ini sifat yang perlu ada kerana mahu berjaya kita mesti mudah memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam dan menjadikan ia sebagai satu motivasi positif untuk membuktikan mereka sebenarnya lebih baik

8-Menambah pengalaman

Setiap perkara baru yang dilakukan pasti ada halangan dan setiap kali mengatasinya mereka mencipta kejayaan baru
Dikuasakan oleh Blogger.