Header Ads

Mengemas rumah membuatkan anda panjang umur dan lebih sihat


Mengemas rumah adalah senaman mudah yang dapat melindungi jantung anda dan memanjangkan jangka hayat anda, menurut kajian.

Para saintis menemui bahawa 30 minit aktiviti setiap hari, atau 1 jam 30 minit setiap minggu, mengurangkan kadar penyakit jantung sebanyak 28 peratus.

Senaman seperti berlari, berenang, dan ke gym adalah baik tetapi, jika anda sibuk dengan urusan harian, senaman dengan mengemas rumah adalah paling mudah dan sesuai.


Aktiviti paling mudah ialah menyapu atau menggunakan vakum. 

Selain itu, anak-anak kecil dan remaja yang dilatih mengemas rumah dapat menjadikan mereka lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Melakukan aktiviti mengemas rumah bersama-sama keluarga adalah satu peluang untuk meluangkan masa bersama.


Dikuasakan oleh Blogger.