Header Ads

Menaja orang kampung tidak berkemampuan menunaikan ibadah umrah, Che Ta kongsi rezeki




Hampir 3 tahun perlakon Rozita Che Wan menaja penduduk yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah di kampung Alor Star, Kedah.

Hanya sekadar ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang belum menunaikan ibdah umarah, Che Ta

"Bermula tahun 2014 saya menaja 10 orang menunaikan ibadah umrah, jika ada rezeki lebih lagi saya akan teruskan. saya jadi seronok melihat orang lain gembira. Pada tahun ini saya perlu mencari yang betul - betul layak. Kalau boleh orang yang dalam golongan susah,"  katanya.



"Sebelum menaja orang kampung saya menjalankan tanggungjawab ini dengan saudara mara yang terdekat dahulu"

" Menaja adik beradik satu ibu dan bapa kemudian adik beradik dari tiga ibu tiri. Rakan - rakan dan kakitangan syarikat. saya berasa sangat puas hati"


Niat murni Che ta itu tidak disalah anggap oleh orang ramai, itu hanya sekadar perkongsian yang boleh mendidik orang lain melakukan perkara yang sama.

"Saya sentiasa berdoa dan terus dilimpahkan rezeki agar dapat meneruskan perkara ini. Semoga rancangan saya dipermudahkan, untuk menghantar anak yatim paitu pula," katanya.



Pada 22 Januari sehingga 2 Februari tahun depan bakal menunaikan kali ke 11 bersama 20 ahli keluarga lain.

Semoga segala perkara yang murni ini dapat diteruskan dengan mudah dan lancar, Insya Allah. Amin
Dikuasakan oleh Blogger.