Header Ads

Membaca itu bagus untuk semua orang, 5 novel terlaris minggu ini



kepada peminat-peminat novel ini adalah senarai top 5 novel terlaris sepanjang minggu ini:

5. Asrama: 2

Ini adalah buku terbitan FIXI, diterbitkan pada 1 Ogos 2017. Novel yang berkisarkan tentang pelajar yang menginap di asrama. Sinopsis"

Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?

Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan ‘Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.

Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi ‘sesuatu'?

Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?

4. Tombiruo (penunggu rimba)

Penerbit buku ialah Alaf 21, sinopsis novel ini:

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

3. Kerna syurga bukan percuma

Sebuah novel yang diterbitkan oleh Tarbiah sentap Press ini telah diterbitkan pada 1 julai 2016 dan masih lagi mendapat perhatian pembaca-pembaca novel di Malaysia. Sinopsis:

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina.

Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people.

“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.


2. Awak suka saya tak?

Terbitan Anggun Melor Sdn Bhd ini telah dikeluarkan pada 5 October 2017. Sinopsis:

"Saya kenal sayang saya..."

Kisah kasih sayang di antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilmon Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.

Kera tampar mata!

"Percaya sangat mualaf tu..."Intan Zulaikha

"Kami digelar saudara baru,mualaf,masuk Melayu... bila label begini akan dihentikan kepada kami?

"Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" Hilman Yong
Kerana seekor semut.. kerana lidah...

"Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!" Hilman Yong

Bagaimana hidup seorang Intan Zulaikha apabila jatuh hati kepada dua lelaki, dua nama dan dua personaliti? Hilman Yong seorang lelaki yang penuh kesopanan dan kesabaran. Damien Yong yang nakal,seksi dan selebet.

"You owe me a kiss!"Damien Yong

"Dia seperti bayangan di air... bila saya cuba menyentuhnya, air akan berkocak dan dia hilang...."Intan Zulaikha

"Awak sangat merinduinya sehingga awak nampak dia dalam diri saya..."Damien Yong

Hilmanku...sifuku...kekasihku...kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak.

Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..."

1. Tititan cinta

Terbitan Idea kreatif, 15 october 2013. Nampaknya Drama hasil lakonan Zul Arriffin telah berjaya menimbulkan impak yang besar terhadap jualan novel ini. Tahniah diucapkan kepada pelakon-pelakon drama ini. sinopsis :

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
Dikuasakan oleh Blogger.