Header Ads

Masa sekarang ni orang lelaki perlu banyak perhatikan 7 jenis wanita kalau nak dijadikan isteri


Sememangnya semua lelaki sukakan wanita yang punya bentuk tubuh yang lansing seta muka yang cantik. Tapi untuk lelaki yang sedang cari jodoh, korang perlu mengenali dan tahu jenis-jenis wanita yang ada di Malaysia ini.

Jangan harapkan cantik luarannya sahaja, kerana ia tidak menjamin kebahagiaan 100%. Jadi apa yang sebenarnya jenis-jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu kenali?

1. Jenis kaki shopping

Wanita jenis macam ni paling ditakuti oleh lelaki. Mana taknya, lelaki gaji dahla bawah RM3,000 di Kuala Lumpur ditaksirkan sebagai golongan miskin. Memang perempuan tak pandang kalau lelaki tu bukan "Ceo Syarikat" macam drama melayu sekarang.

2. Jenis gedik tak kira waktu

Lelaki suka perempuan gedik tapi biarlah bertempat. Tapi kalau dapat yang gedik tak kira waktu tu, memang nak bagi penampar je. Selalunya wanita cantik je jenis tergedik-gedik. Opss jangan marah!

3. Jenis perempuan pakai tudung labuh

Sedap je mata memandang. Kalau korang nak pikat wanita macam ni, jangan la pula korang guna pickup line "cia,cia,cia.." tu. Memang dia buat tak reti je.

4.Jenis valley girl

Wanita jenis ini biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris atau pun rojak campur dengan BM. Paling jelik kalau bercakap macam slang mat salleh. Biasanya wanita kaya je jenis macam ni. Tapi ada je perempuan hidup biasa-biasa tapi bajet valley girl

5. Jenis Diva

Apa beza perempuan Diva dengan Valley Girl? Perempuan jenis diva ni menyombong sikit! Dia jela yang betul, orang lain semua salah. Jenis Diva ni hanya akan bergaul dengan mereka yang sama taraf sahaja.

6. Wanita melayu terakhir

Perempuan jenis ini memang susah sikit yang jumpa. Macam permata! Lemah lembut, sopan santun, pandai memasak, dan jenis pakai baju kurung setiap masa. Kalau korang jumpa ni jagalah baik-baik ye!

7. Jenis perasan Korea

Fuh ini letih. Ramai gadis-gadis bertudung perasan diri mereka ni Korea. Ini bukan andaian, tapi ini realiti. Disebabkan taksub sangat dengan Kumpulan K-pop, ramai la yang belajar cakap bahasa Korea. Sanggup simpan duit pergi Korea masa muda lagi tapi pergi Umrah tak nak pula!

Sumber: Maskulin
Dikuasakan oleh Blogger.