Header Ads

Litar Sepang baru sahaja digegarkan oleh pasukan MotoGP pada Ahad lepas,Berikut merupakan fakta MotoGP



1. Fakta MotoGP

Setiap jentera yang digunakan dalam saingan MotoGP adalah prototaip yang dibina dengan tangan dan hanya ada satu ubit sahaja di dunia. Ia juga tidak boleh digunakan di jalan biasa.

2. Fakta MotoGP

Kuasa enjin jentera MotoGP mestilah tidak melebihi 1000CC. Terdapat syarat khas dalam buku panduan MotoGP yang mewajibkan penggunaan enjin empat lejang, manakala enjin dua lejang tidak dibenarkan.

3. Fakta MotoGP

Setiap pasukan tetap MotoGP dibenarkan untuk menggunakan sehingga 7 enjin semusim. Bagi pasukan Moto2 pula, enam enjin bakal dipinjamkan sepanjang musim, dengan 1 enjin baru akan diberikan selepas setiap 3 perlumbaan.

4. Fakta MotoGP

Kelajuan purata jentera MotoGP dalam setiap perlumbaan adalah 160KM/J dan kelajuan maksimum pula mampu mencecah 320KM/J.

5. Fakta MotoGP

Berat minimum yang ditetapkan oleh Dorna untuk sebuah jentera MotoGP adalah 157KG. kemampuan sebuah jentera MotoGP memecut dari 0-100KM/J dalam hanya 2.6 saat!

6. Fakta MotoGP

Sewaktu mengambil selekoh, permukaan tayar jentera MotoGP yang bersentuhan dengan permukaan litar adalah hanya seluas permukaan syiling 50 sen!



7. Fakta MotoGP

Seperti jentera Moto2, Jentera MotoGP tidak mempunyai Electric starter dan perlu ditolak untuk dihidupkan.

8. Fakta MotoGP

Gearbox untuk MotoGP adalah terbalik jika dibandingkan dengan motosikal biasa. Pelumba perlu membuat downshift untuk menaikkan gear.

9. Fakta MotoGP

Enjin MotoGP boleh mencecah sehingga 18 000 RPM. Motosikal berkuasa tinggi yang dijual di pasaran biasanya mampu mencapai sehingga 13000 RPM.
Dikuasakan oleh Blogger.