Header Ads

Kumpul duit kahwin RM43,250 dalam masa 2 tahun, mari cuba 3 cara mudah ini !


Semua orang ada impian nak dirikan rumah tanggakan, tapi tak ramai yang sanggup tengok amount duit yang diperlukan untuk buat majlis perkahwinan. Jadi macam mana kita nak kumpul duit kahwin dalam masa 2 tahun?

Okay pertama sekali,

1- set tarik target

Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target susah untuk korang nak set pencapaian korang. Jadi memang kena set. Biasanya orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang. Lagi pro setahun sebelum.

2- Buat ASB loan

Okay ini sangat penting untuk paksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kena buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun. So bulanannya dalam RM300 sebulan dengan kadar faedah bank 5.2%. Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625. So 2 tahun jadi RM7,250. Hmm macam tak cukup je RM7,250 ni? Duit hantarang pun dah RM10k, nak beli barang hantaran lagi, maslis nikah lagi, majlis kahwin lagi. Jadi kesimpulannya memang tak cukup! Takpa kita ada step yang ketiga.

3- Buat Part Time DROPSHIP tanpa modal

Sekarang ni bersepah je founder leader stokis yang cari agent dropship kan. Gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Andai korang ada idea lain boleh je buat asalkan boleh topup lagi. Memang nak kahwin ni nak kena struggle sikit. Tips dia kalau jadi dropship ni, korang kena lah jual produk yang orang sedia tahu, yang jenis leader atau stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komission FREE je. Biasanya keuntungan dropship RM5-RM30/ pcs, So andai katalah korang dapat jual 5 produk, Dapatlah keuntungan dalam RM10/pcs. Banyak produk yang ada macam dians, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa dan macam-macam lagi lah.

Jadi kalau ,

- Sehari 5pcs x RM10= RM50

- Sebulan 30 harix RM50= RM1500

- 2 tahun 24 bulan x RM1500= RM36,000

Korang boleh nampak tak, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money. Tak perlulah buat bisnes keluar modal besar. Kesian kat korang nak makan lagi, nak itu ini lagi. Jadi apa pun korang perlu konsisten untuk dapatkan apa yang korang nak. Jangan lupa untuk kongsikan pada member yang nak kahwin tu.
Dikuasakan oleh Blogger.