Header Ads

Kita tahu alur ini ada di muka, Tapi apa kegunaan dan kesannya terhadap diri kita?




Anggota badan manusia adalah karya yang hebat dari Penciptanya. Ada anggita badan yang kita tidak tahu akan kegunaan sebenarnya. Contohnya ialah alur yang berada di antara hidung dan bibir kita. Kita tahu ia ada disitu tapi kita tidak tahu apa kegunaan dia dan apa nama sebenarnya?

Dikenali secara saintifik sebagai Philtrum, alur ini didapati di bawah hidung kita, berjalan ke bahagian atas bibir kita. Semasa proses tumbesaran kita, Embrio mula membangunkan ciri-ciri muka pada minggu keenam hingga kelapan.

Philtrum menandakan kawasan dimana muka manusia berkumpul dan menjadi satu bahagian semasa perkembangan dalam rahim ibu. Kegagalan seksyen ini untuk bergabung dengan sempurna akan membawa kepada kecacatan Konginental dan lelangit di dalam mulut kita.

Apa itu kecacatan Konginental?

Juga dikenali sebagai kecacatan kelahiran, Keadaan yang ada pada atau sebelum kelahiran tanpa mengira punca, Maksudnya perkara ini boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Struktur badan yang tidak lengkap akan menyebabkan kecacatan pada janin yang sedang berkembang.
Dikuasakan oleh Blogger.