Header Ads

Kenali Personaliti Diri Anda Melalui Cara Ikat Plastik Roti


Siapa sangka kita boleh mengetahui personaliti diri kita dengan cara ikat plastik roti yang biasa kita buat. Jom kenali diri kita melalui perkongsian Herman di Twitter.

Jangan serius-serius. Kita santai santai aja.

1. Ikat simpul


Seorang yang berperwatakan biasa. Sederhana dalam melakukan sesuatu.

2. Lipatan duduk antara dua sujud


Seorang yang tidak begitu mempedulikan keadaan di sekelilingnya dan mementingkan diri sendiri.

3. Bungkus dalam plastik


Tidak mudah mempercayai orang lain. Sentiasa berhati-hati dan memerlukan kepastian dalam setiap perkara.

4. Menggunakan klip sedia ada


Seorang yang membosankan dan tidak sukakan cabaran. Seorang yang tidak pernah ponteng perhimpunan sekolah dan skema.

5. Menggunakan getah


Seorang yang suka membuang masa dan menambah beban pada kerja. Seorang yang selalu menyusahkan rakan sekerja.

6. Dibiarkan terbuka


Seorang yang terburu-buru, cuai, dan pemalas. Seorang yang mementingkan diri. Contoh, lupa hantar emel selepas draft.

7. Menggunakan pengepit sendiri


Seorang yang mempunyai cara tersendiri dalam setiap perkara yang dilakukan. Seorang yang unik dan selalu makan roti kerana membeli pengepit tersebut.

8. Menggunakan penyepit kain

Orang yang menggunakan penyepit ampaian, menurut Herman, orang yang berfikir di luar kotak dan tidak suka membazir.


Rupa-rupanya, ada orang yang suka mengumpul klip roti dan dia mula mengumpulnya sejak tahun 2009.


Ada juga yang tak sempat nak ikat. Alhamdulillah, murah rezeki dia berkongsi rezeki.


Dikuasakan oleh Blogger.