Header Ads

Kegunaan aspirin melagakan sakit dan demam, ini 10 kegunaan lain aspirin buat anda


Aspirin adalah salah satu ubat tertua di dunia. Ubat ini pertama kali tercatat digunakan oleh bangsa Sumeria dan Mesir dalam harian, terutama untuk mengubati rasa sakit. Aspirin pada zaman dahulu terbuat dari tanaman daun willow. Hippocrates juga mengembangkan aspirin melalui ekstrak tanaman ini.

Kemudian, banyak penelitian dikembangkan untuk mencari berbagai khasiat dari aspirin beserta dosis yang digunakan. Faktanya, aspirin kini menjadi ubat yang mampu mengatasi banyak masalah kesihatan.

Tetapi pernahkah anda tahu, kegunaan aspirin selain melagakan sakit dan demam ia juga boleh digunakan untuk yang lain dan yang anda tidak tahu. Ini merupakan 10 perkara menakjubkan yang boleh dilakukan oleh aspirin buat anda.

1. Melegakan gigitan serangga

Aspirin juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan menghilangkan rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Letakkan aspirin dalam air setelah cair ambil sesudu dan sapukan ditempat yang gatal selama beberapa minit.

2. Mengurangkan bintik di kulit

Aspirin mengandungi bahan larut lemak yang digunakan dalam pengeluaran krim pencerah dan pembersih kulit. Campurkan pil aspirin yang  dengan 3 sudu yogurt dan 1 sudu madu, kemudian sapu pada muka dan biarkan selama 15 minit. Rawatan ini akan membuat kulit anda lebih licin dan berseri.

3. Bertindak sebagai exfoliant

Aspirin adalah pengelupasan yang sangat baik untuk menghilangkan sel-sel mati dari muka. Di samping itu, ia membantu menghilangkan rasa berminyak yang berlebihan dan mengurangkan saiz liang yang diperbesarkan. Hanya campurkan dengan air dan biarkan selama beberapa minit. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, terapkan dengan teliti untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

4. Menghapuskan kulit mati pada kaki

Ubat ini juga membantu melembutkan dan menghilangkan kulit mati dengan mudah. Sapukan aspirin dan tambah satu sudu jus lemon untuk membentuk pes. Selepas sapu tutup dengan kain dan biarkan selama 10 minit.

5. Memulihkan rambut yang rosak

Selain itu, kegunaan aspirin juga untuk rambut. Larutkan dahulu kemudian sapukan pada rambut biarkan  selama 15 minit dan bilas.

6. Mengeluarkan kesan peluh dari pakaian

Aspirin juga berfungsi untuk pakaian anda. Sapukan aspirin selepas dilarutkan dan biarkan semalaman. Basuh pakaian anda seperti biasa . Hilang bau peluh dan hapak.

7. Mengeluarkan kotoran dalam tab mandi

Jika tidak mahu kotoran melekat di tab mandi anda, letak 5 pil aspirin dan campur sedikit sabun, sapukan di seluruh kawasan tab mandi anda  dan biarkan selama setengah jam. Gunakan kain untuk hilangkan kotoran.

8. Melamakan bunga hiasan dalam rumah

Letak aspirin dalam air yang telah dihancurkan. Cara ini berfungsi dengan baik untuk Bunga Mawar, untuk lebih tahan dan lama.

9. Menghilangkan kelemumur

Untuk menghilangkan kelemumur, basuh rambut anda dengan 2 pil aspirin hancur dicampur ke syampu anda.

10. Membantu mengurangkan jerawat

Hancurkan pil aspirin 2 atau 3 biji dan campurkan jus lemon. Sapukan diseluruh muka dan biarkan beberapa minit sebelum membasuhnya.
Elakkan guna pil aspirin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari

Kami cadang berunding dengan doktor dan pakar sebelem menggunakannya.

Dikuasakan oleh Blogger.