Header Ads

Kata nak travel dengan cara jimat, ini 10 rahsia beli tiket kapal terbang murah

 

Travel dengan cara jimat sapa tak nak kan? sini 10 rahsia untuk mendapatakan tiket kapa terbang dengan lebih murah

1. Waktu 12 tengah malam

Ramai yang tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka.

2. Selasa / Tengahari

Flight pada Jumaat malam dan Sabtu malam akan jadi paling mahal. Selasa tengahari sebaliknya, akan lebih menjimatkan poket travel anda. Sebabnya, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan keluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari.

Terbang untuk flight tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

3. Rujuk Harga Di Laman Web Rasmi Airlines

Rujuk di laman web third-party macam Skyscanner tu memang memudahkan kita, boleh nampak semua harga yang ditawarkan dalam satu page. Tapi, rajin-rajinkanlah menyinggah di laman web rasmi syarikat penerbangan dan bandingkan harganya juga. Sebab ada flight di Skyscanner contohnya, mengecas booking fee dan ada juga flight deals yang boleh didapati di laman web rasmi airline saja.

4. Kejar Tambang Murah, Bukan Destinasi

Pada masa ini terdapat beberapa apps/website yang boleh membuat perbandingan tambang murah. Kita boleh terus melihat harga paling murah, masa, jenis airlines dan lain-lain lagi.

5. Beli tiket 6 bulan lebih awal daripada travel date anda.

Lagi awal lagi bagus. Biasanya tiket flight boleh dibeli antara 6-9 bulan lebih awal daripada travel date. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan tiket.




6. Kaji high season destinasi percutian anda.

Kalau masa tu orang sibuk pergi sebab ada festival atau event besar yang bermusim di destinasi tersebut, elakkan. Faktor ini juga diambil kira dalam menentukan harga tiket.

7. Awal vs Akhir

Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

8. ‘Hari & Masa’ Penerbangan

Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad.
Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.

9. Hukum +- 1 Hari

Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah.

10. Hukum ‘Satu Arah’

Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di’pau’ oleh syarikat-syarikat ini. Jadi kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik.


"Pergilah (merantaulah) dengan penuh keyakinan, nescaya engkau akan temui lima manfaat; ilmu pengatahuan, adab, pendapatan, menghilang kesedihan dan persahabatan." [Imam Syafie]
Dikuasakan oleh Blogger.