Header Ads

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017 dan Membawa Pulang Wang Tunai RM100,000


Pertandingan akhir Super Spontan Superstar 2017 menyaksikan pelakon Kamal Adli dipilih sebagai juara program itu yang berlangsung di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kamal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Selepas lapan minggu bersaing dengan 16 peserta, Kamal menewaskan tujuh finalis lain iaitu Achey, Ozlynn, Sharif, Shahrol, Mamak, Syuk dan Fad.

Tempat kedua disandang Fad diikuti Achey masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Sementara itu tempat keempat hingga kelapan dimenangi oleh Ozlynn, Syuk, Mamak, Shahrol dan Sharif dengan masing-masing membawa pulang RM5,000.

Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menampilkan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan program itu dimeriahkan dengan kehadiran Zizan Razak dan Johan .

Program itu turut menampilkan Afdlin Shauki sebagai pengulas manakala Amir Raja Lawak menjadi pembantu pengacara.

Super Spontan Superstar berkonsepkan komedi adalah pertandingan permainan pentas secara spontan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Tenggiling Taiko dan King Musang.
Dikuasakan oleh Blogger.