Header Ads

Kalau perpustakaan di Malaysia macam ni bertambah tak ulat buku di negara kita



1. Perpustakaan Klementium terletak di prague, Czech Republic.Mula dibuka pada tahun 1722 sebagai sebahagian daripada Universiti Jesuit, dan menempatkan lebih dari 20,000 buah buku.



2. Digelar 'Magestic Long Room' perpustakaan yang terletak di Trinity college ini dikatakan telah mencecah usia hampir 300 tahun. Panjang ruangan ini berukuran 65 meter dan mengandungi lebih dari 200,000 buku dan semestinya menjadi syurga dunia bagi penggemar buku



3. Institusi ini diasaskan pada tahun 1837 oleh sekumpulan empat puluh tiga pendatang portugis. Terletak di ibu negara Brazil iaitu di Rio De Janiero dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke negara ini.



4. The Admont Library adalah sebuah biara Benedictine yang terletak di Sungai Enns di bandar Admont, Austria. Admont Abbey mengandungi perpustakaan monastik terbesar di dunia serta koleksi saintifik yang lama. Ia terkenal dengan senibina, seni, dan manuskrip Baroquenya.



5. Perpustakaan Negara Perancis, yang terletak di Paris.Ia adalah pusat pengumpulan untuk semua buku yang diterbitkan di Perancis dan banyak mengumpul koleksi sejarah.
Dikuasakan oleh Blogger.