Header Ads

Kalau kucing anda merajuk ini 6 cara terbaik untuk pujuk kucing itu semula


Korang ada bela kucing dirumah ? pernah tinggalkan kucing kesayangan korang tu untuk tempoh yang agak lama ataupun terlupa nak beri makan. Sebenarnya haiwan comel ini juga mudah tersinggung dan marah kalau ada sesuatu yang mengguris hatinya. Tapi jangan risau, ia masih boleh dipujuk kalau kena dengan caranya.

1- Cari masa yang sesuai

Kalau korang nampak si comel ni sedang menyendiri dan merajuk, biarkan dia terlebih dahulu. Jangan kacau atau kejar dia. Bagi dia masa sedikit untuk biasakan adanya kehadiran korang dan apabila dia nampak dah tenang, barulah dekatinya.

2- Cari punca

Adakah korang tinggalkan diorang terlalu lama, lupa nak bagi makan, ada anak kawan korang mengasarinya atau pun tak sengaja terpijak ekornya? Ambil perhatian yang lebih pada kucing korang waktu itu dan anda boleh ambilnya dan bawa ke tempat kegemarannyta. Sama ada di sudut balkoni atau pun di belakang pintu, kucing korang akan rasa lebih selesa.

3- Slow-slow dekati ia

Kucing ini haiwan yang lembut dan sangat manja. Jadi ambil secara paksaan akan buat si dia tambah memberontak. Sikap tenaang korang merupakan kunci untuk mengambil kenbali kepercayaanya

4- Bermain atau bercakap dengannya

Kucing akan mengerdipkan matanyta pada orang yang disayangi. Apabila si comel ini mengenali tuannya, dia seting menatap tuannya lama-lama dan pada masa inilah korang boleh bermain dan bercakap dengannya.

5- Belai kucing di bahagian kepala dan leher.

Hampir semua kucing peliharaan suka dimanja dan dibelai terutamanya di bahagian kepala dan leher. Sambil korang menonton TV, angkat sekali kucing tu dan letakkan disisi atau diatas riba dan belailah si comel dengan penuh kasih sayang

6- Bagi makanan kegemarannya

Cara last yang boleh membantu untuk memujuk si dia. Waktu korang sediakan makanan atau snek kegemaran, mana mungkin ada kucing yang menolak. Korang boleh berikan beberapa pilihan makanan seperti makanan kering seperti biskut ataupun makanan basah macam ikan dan lain-lain.
Dikuasakan oleh Blogger.