Header Ads

Jepun adalah negara yang mempunyai nilai budaya yang tinggi , Berikut merupakan budaya yang boleh dicontohi


Apa Yang Boleh Kita Contohi Dari Budaya Orang Jepun

Negara matahari terbit ini merupakan antara negara termaju di dunia, Mahir dalam bidang pembuatan dan perindustrian. Selain itu Jepun juga boleh dikelaskan sebagai sebuah negara yang rakyatnya sangat rajin,berdedikasi serta mempunyai penerapan disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka.

1. Memberikan yang terbaik dalam tugasan yang diberikan

Sudah menjadi kelaziman apabila bos memberikan kita tugas kita akan berkata boleh, tetapi selalunya hasil dan apa yang dijanjikan tidak sama. Berbeza dengan budaya orang Jepun yang menerima sesebuah tugas dengan hanya menjanjikan yang terbaik dari diri mereka. Bagi mereka hasil yang ditunjukkan itu adalah seperti penampilan mereka, Bagus hasilnya nampaklah bagus "Work Ethic" mereka.

2. Tidak menyalahkan seseorang yang lambat memberi kata putus

Di Malaysia, kebanyakan dari kita lebih mementingkan jawapan kepada semua permasalahan itu diselesaikan dengan pantas tanpa mempertimbangkan risiko dalam membuat keputusan itu. Di Jepun mereka jenis memberi peluang dan ruang untuk seseorang membuat keputusan dengan mempertimbangkan segala risiko dan jaminan bahawa keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik dari segala aspek.

3. Berfikir untuk menyelesaikan masalah

Antara salah satu mengapa negara Jepun berkembang dengan maju adalah kerana rakyatnya di didik untuk berfikir tentang cara menyelesaikan masalah dan bukan memberi alasan dalam menyelesaikan sesebuah tugas.

4. Tidak mudah puas dengan sesuatu kejayaan

Bukan tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh, tetapi semangat sentiasa ingin memajukan diri perlu ada dalam setiap orang. Hal ini akan mempengaruhi seseorang untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini. Bagi orang Jepun setiap kejayaan yang diperoleh pastinya ada kesalahan yang dilakukan ketika menyelesaikan tugasan tersebut. Itulah yang dititik beratkan oleh orang Jepun, sehingga tugas dan hasil sesebuah kerja mereka berkualiti.

5. Mengenali rakan sekerja

Sikap yang amat dikagumi ini sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita ditempat kerja. Rakan sekerja ni boleh jadi teman pendengar masalah ketika waktu kerja, lebih memahami apa sebenarnya tugas kita dan lebih banyak meluangkan masa dengan kita dalam sehari. Orang Jepun bagusnya ketika mereka duduk berborak lepas waktu kerja mereka tidak membincangkan hal-hal kerja

6. Mengambil kira pendapat semua orang

Kita merasakan benda ini membuang masa kerana sesetengah orang mempunyai citarasa berbeza dan kita lebih gemar bekerja sendirian. Sebenarnya mendengar dan menggunakan pendapat orang lebih baik dari kita gunakan idea kita sahaja. Kadang-kadang idea kita tidak cukup bernas untuk mencetuskan impak yang besar terhadap tugas yang diberikan.
Dikuasakan oleh Blogger.