Header Ads

Jangan pernah berhenti berdoa, ingat 5 perkara ini walaupun dugaan terus datang bertubi-tubi


Ujian selalu akan datang dalam hidup kita. Walaupun ianya hanya singgah sebentar saja, tapi akan ada satu ketika ia akan kembali dalam bentuk yang berbeza. Entah sama ada lebih berat ataupun ringan, ikut cara kita tangani masalah tersebut.

Apa yang boleh dilakukan adalah berusaha untuk menyelesaikannya dan berdoa. Sebagai seorang hamba, kita boleh berdoa pada bila-bila masa tanpa mengenal sebab dan waktu. 5 waktu yang telah disedia tentunya kita akan sentiasa berdoa. Tapi ada juga orang yang sudah penat berdoa, mungkin sebab permintaannya masih belum diperkenankan.

-Doa mengingatkan kita bahawa kita tidak bersendirian. Ada yang mengasihi dan setia mendengar semasa kita tengah susah.

Bila ditimpa ujian, berdoalah sungguh-sungguh kepada Tuhanmu supaya ia dikabulkan. Pohon supaya ujian yang dihadapi ini diringankan dan dapat diselesaikan dengan segera. Sebenarnya, berdoa itu bertujuan untuk kita meluahkan dan melepaskan rasa penat. Masa tengah berdoa, kita boleh ceritakan apa sahaja tanpa perlu ada ayat yang berlapik.

Berdoa mengingatkan kita bahawa kita tidak bersendirian. Kita masih ada Tuhan yang mengasihi dan setia mendengar keluh kesah ketika kita sedang diuji.

-" Ah, dulu aku berdoa bagai nak rak, tapi masih takda jawapan." Hey!, dia jawab kot semua doa kau. Cuma kadang-kadang, jawapannya "tidak" kerana itu demi kebaikan kita.

" Aku pernah berdoa, tapi tak didengar oleh-Nya. Aku penat."

Mungkin korang pernah berdoa, tapi takda jawapan dari-Nya. Itulah Tuhan, Maha Mengetahui segala sesuatu, dari yang baik hinggalah sebaliknya. Apa yng kita minta dan tak dijawab, bererti menurut "Dia" memang itu bukan yang terbaik untuk kita. Kita mungkin tak dapat menerimanya, tak menyukainya, dan kesal dengan apa yang terjadi kerana tidak kena dengan apa yang kita minta.

 Tapi, percayalah percaturan Tuhan itu lebih baik dari apa yang kita rancang dan mahukan.

- Tuhan selalu je sayangkan hamba-Nya. Tak ke korang ada rasa nak bercerita atau mengadu domba pada Dia yang paling Menyayangi korang tentang apa yang terjadi pada diri sendiri?

Ada keluarga, kawan, dan orang-orang lain yang sedia untuk mendengar. Tapi, adakah apa yang diceritakan pada mereka itu sama rasanya dengan berkeluh kesah kepada Tuhan? Terhadap sesama manusia,  memanglah kita boleh rasa chill, tapi bukan semua boleh kita ceritakan pada mereka.

 Ada yang perlu dirahsiakan. Hal ini berbeza pula disaat korang bercerita kepada-Nya. Korang bebas mengatakan apapun tanpa ada yang tersembunyi. Kalau korang berahsia pun, Dia ofcoz boleh tahu kot. Jadi buat apa nak berahsia lagi, kan?

-Tuhan nak tahu sekuat mana kita mampu. Tapi Dia juga akan memberikan ujian lebih dari kemampuan kita.

" Ujian ini berat rasanya. Tapi aku tahu, kalau Tuhan memang nak try aku ni, nak tengok macam mana aku handle."

Kita mungkin pernah dengar bahawa semakin baik dan kuat peribadi seseorang, akan lebih berat ujian yang akan diberikan? Ya, inilah kamu sekarang. Rasa penat dengan ujian yang menjalar pada diri tak lain tak bukan kerana peribadi diri kamu menjadi semakin baik. Tukan akan berikan ujian yang sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.

Kalau waktu ini kita tak sanggup, fikir dan berusahalah bahawa kita pasti boleh menyelesaikannya. Jangan lupa untuk berdoa, sebagai wujub tanda syukur kita kerana masih diberikan ujian untuk pertingkatkan peribadi supaya lebih kuat dari sebelumnya.

-Anggaplah ujian itu sebagai tanda Dia sedang RINDU.

Manusia selalu alpa bila dah punyai sesuatu, jadi dengan ujian itu tanda sebagai pengingat untuk kembali kepada-Nya."

Bila ditimpa ujian, tempat nak mengadu bukan di Facebook atau dimana-mana media sosial. Tapi terus direct kepada Dia. Sebab orang lain tak ambil port pun apa masalah yang sedang korang hadapi. Ada kekhilafan pada diri sendiri dan perlu di perbetulkan, jadi kembalilah kepada-Nya




Dikuasakan oleh Blogger.