Header Ads

Jangan cepat teruja bila tengok iklan rumah untuk dijual, ini perkara yang anda patut tahu


Nak buat keputusan untuk beli sesuatu hartanah, biasanya orang akan memilih "lokasi" sebagai pilihan utama, tapi untuk tahu dimana lokasi yang strategik dalam erti kata "panas". Ada teknik yang perlu diketahui pada setiap bakal pembeli atau pelabur.

Aziz Ahmad, pengasas Hartanahguru.com berkongsi pandangan beliau dimana setiap orang mampu untuk meramalkan kawasan yang boleh jadi panas seperti Subang Jaya, Damansara atau Puchong pada masa hadapan.

Tapi macam mana korang boleh tahu? Semestinya korang akan tengok kepada kemajuan hartanah di kawasan itu dan bakal ada dikawasan berkenaan.

Kata beliau, ada beberapa cara yang boleh dijadikan asas untuk korang menilai sama ada harga hartanah di sesuatu tempat itu boleh naik atau tidak pada masa akan datang.

Antaranya ialah, melihat dari sektor pengangkutan kerana itu menjadi pemangkin paling penting untuk dijadikan asas kepada jangkaan dan ramalan dibuat dan ia merangkumi lebuh raya, perkhidmatan tren seperti (LRT) dan (MRT).

Lagi, dengan ada pengangkutan awam tersebut, ia dapat memudahkan pengguna ulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan mestilah orang ramai lebih suka membeli atau menyewa rumah yang dekat dengan lebuh raya, LRT atau MRT yang memudahkan perjalanan dan mengurangkan kos hidup.

Bagaimanapun, korang jangan cepat sangat teruja bila tengok iklan hartanah untuk dijual yang dikatakan dekat dengan lebuh raya, LRT atau MRT. Kaji dulu apa dimaksudkan dekat tu. Cuba buat lawatan atau searh google maps untuk pastikan betul ke hartanah tu memang dekat dengan jaringan pengangkutan.

Selain itu, dengan adanya industri baru ke sesuatu kawasan juga dapat memberi kesan kenaikan harga kepada hartanah di sesuatu tempat kerana industri yang dibawa masuk ke kawasan berkenaan akan membawa masuk pekerja untuk menyokong industri dan sekali gus populasi pun bertambah ramai.

Bila populasi bertambah ramai, permintaan rumah sewa atau rumah untuk dijual pon naiklah, harga sewa dan harga jual pon akan naik sama.

Antara industri yang bagi kesan besar kepada harga rumah ialah kilang-kilang, minyak dan gas, teknologi maklumat, penerbangan dan kewangan.

Ada lagi yang beliau kongsikan. Katanya pasaran hartanah jadi menarik bila pusat pendidikan atau universiti baru dibuka dikawasan bekenaan.

Biasanya universiti baru bakal tempatkan 20,000 pelajar apabila siap sepenuhnya dan bayangkan 20,000 pelajar ada disitu, ditambah pula dengan tenaga pengajar dan staf lain yang pastinya perlukan bekalan rumah sewa atau rumah untuk dibeli.

Ini akan buat kawasan itu permintaan jadi tinggi dan harga rumah dikawasan itu juga meningkat. Selain Universiti, sekolah international dan sekola cina juga dapat beri kesan positif kepada pasaran harga rumah.

Penulis: Amarlim
Dikuasakan oleh Blogger.