Header Ads

Istana boneka seberat 362kg ini dinilai dengan harga RM35,838,457 dan telah dibeli oleh seseorang


Rumah boneka yang paling mahal dan berharga di dunia adalah Astolat Dollhouse Castle. Ia telah dinilai dengan harga $8.5 juta kerana strukturnya yang hebat dan megah.

Dibina pada tahun 1980an oleh seorang artis yang bernama Elaine Diehl dari Colorado, Rumah kecil mewah ini mempunyai 29 bilik yang berhias dengan miniatur yang cantik. Ia mempunyai perabot yang terbaik, panes kaca berwarna dan lebih dari 9,000 miniatur buatan tangan yang merangkumi candelier yang diperbuat daripada emas, kepingan seni asli dan buku kitab terkecil di dunia. Rumah boneka itu beratnya 362 kilogram dan 9 kaki tinggi.

Untuk pembinaannya, ramai tenaga pakar membantu Diehl untuk menyiapkan karyanya ini. Dia terinspirasi oleh puisi Alfred Tennyson tentang Lady of the Lake. Dalam puisi itu, terdapat istana fantasi yang diberi nama "Astolat".


Rumah boneka ini mempunyai lebih dari tujuh tingkat dengan lorong dan tangga, dan ia mengandungi pelbagai bilik. Juga ada perpustakaan, dapur, bilik muzik yang unik, ruang tamu, ruang makan, tempat tidur, bar, bilik wain bawah tanah dengan pelbagai jenis minuman keras sebenar dalam botol kecil, sebuah gudang senjata dan sebuah dewan besar. Menaranya berada dipuncak dan mengandungi teleskop dan gambaran astronomi.

Perkara yang paling best pasal rumah boneka ini ialah ia mempunyai sistem pencahayaan yang menyala ke semua bilik.

Pada tahun 1996, Lois Freeman telah membeli rumah itu dan kini telah memindahkannya ke Muzium Kesenian Nassau County di New York. Semasa Lois membeli rumah boneka itu, dia telah membuat sedikit pembaharuan di bahagian dalam dengan menambah pelbagai miniatur antik.





Dikuasakan oleh Blogger.