Header Ads

Guru vokasional berasal dari Sabah, menang pertandingan antarabangsa dengan hadiah berjumlah RM4.42 juta


Sekali lagi negara kita telah dibanggakan oleh salah seorang guru di Malaysia selepas menjadi pemenang di Anugerah Antarabangsa Inovasi dan Keusahawanan mendapat Anugerah Pengajar 2017 yang diadakan di Paris baru-baru ini.

Diberi nama Mohd Sirhajwan Idek, yang mengajar Bahasa Inggeris berjaya meraih anugerah itu sambil menewaskan sembilan finalis antarabangsa yang lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia. Hebat cikgu!

Menurut NST, guru berusia 29 tahun itu telah merangkul tiga anugerah antarabangsa yang lain seperti Macmillan Teachers at My Heart in 2016, Express Publishing IATEFL Scholarship in 2017 dan National Teacher Icon Award bagi tahun ini.


Berasal dari Sabah, Idek meluahkan perasaan terujanya kepada NST mengenai pentingnya memenangi anugerah ini, katanya" Ini adalah penghargaan yang sangat dibanggakan untuk negara kerana ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita sama taraf dengan negara maju yang lain dan diiktiraf di peringkat antarabangsa". Guru ini telah mengajar di Sekolah Vokasional Keningau dan merupakan satu-satunya guru yang mewakili Asia. Kebanyakkan yang lain adalah pensyarah.

Pertandingan antarabangsa ini menawarkan hadiah lumayan di mana pemenang akan membawa balik hadiah wang berjumlah AS$1 Juta (RM4.42 juta)


Kecekalan dan sikap dedikasi beliau berjaya mentransformasikan sekolahnya berkenaan ke fasa baharu apabila sekolah terbabit berjaya mendominasi pertandingan bahasa Inggeris yang dianjurkan pada pertengahan tahun ini.

Selain aktif dalam kokurikulum bahasa Inggeris, penulisan bahan mengajar, beliau juga sering diundangkan bagi membentangkan kajian, kaedah pengajaran, penerbitan artikel ilmiah serta pertandingan inovasi di persidangan antarabangsa yang dianjurkan.

Tahniah buat cikgu Mohd Sirhajwan Idek! Semoga anugerah tersebut dapat mencetuskan lagi kesedaran kepada anak-anak muda tentang pentingnya Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Syabas!
Dikuasakan oleh Blogger.