Header Ads

Final Piala Malaysia Bakal menjelma, Siapakah yang bakal membawa pulang Piala ini ke negeri mereka?




Sabtu ini pasti akan menjadi detik penting untuk penyokong dan peminat-peminat bola sepak tanah air. Final Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Final kali ini menemukan dua jaguh yang banyak mengubah lanskap dan kemeriahan dalam bola sepak Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan kedua-dua pasukan sudah pun layak untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia tahun depan, pastinya Final kali ini menjanjikan permainan yang menarik dari kedua-dua pasukan kerana masing-masing mempunyai misi yang perlu dilunaskan.

Kedah dengan reputasinya sebagai juara piala FA dan juara bertahan Piala Malaysia pastinya ingin mengekalkan kejuaraan manakala JDT yang baru saja ditabalkan sebagai juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut pastinya ingin menambah koleksi piala kejuaraan didalam simpanan mereka.

Apa yang admin harapkan tidak kira siapa yang menang atau kalah segala provokasi yang dilakukan didalam stadium perlu dikekalkan didalam stadium agar semuanya pulang ke tempat asal dengan keadaan selamat.
Dikuasakan oleh Blogger.