Header Ads

Filem termahal pernah dihasilkan, ada beberapa filem blockbuster tidak tersenarai

kita sering dengar keuntungan sesebuah filem yang dihasilkan, tapi jarang kita dengar berapa sebenarnya kos yang diperlukan untuk menyiapkan filem-filem blockbuster ini, Fast and Furious tak ada dalam list, pelik kan?

Berikut adalah senarai pendek filem termahal pernah diterbitkan :






5. Tangled (2010)


Tangled adalah filem animasi komedi-muzikal yang dihasilkan oleh pihak Walt Disney Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures.Cerita yang berasal dari kisah dongeng Jerman iaitu "Rapunzel" ini merupakan filem animasi Disney yang ke 50. Anggaran kos pembikinan filem ini bernilai $263.7 juta, pelik kan? pernah terfikir nak buat filem kartun ni modalnya kasar.


4.John Carter (2012)

John Carter adalah filem aksi fiksyen Amerika Syarikat 2012 yang diarahkan oleh Andrew Stanton dari senario yang ditulis oleh Stanton, Mark Andrews, dan Michael Chabon. Filem ini dihasilkan oleh Jim Morris, Colin Wilson, dan Lindsey Collins, dan berdasarkan kepada A Princess of Mars, buku pertama dalam siri novel Barsoom oleh Edgar Rice Burroughs
John Carter adalah filem aksi Fiksyen Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Andrew stanton dari sebuah 'Screen play' yang ditulis oleh Stanton,Mark Andrew dan Michael chabon. Anggaran pembikinan $263.8 juta.


3. Avengers: Age of Ultron (Estimated Costs in Millions: $279.9)

Avengers: Age of Ultron adalah filem superhero Amerika 2015 yang berdasarkan kumpulan superhero Marvel Comics the Avengers, yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan disiarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Anggaran kos pembikinan mencecah nilai $279.9 juta

2. Pirates of The Carribean : At World's End (2006)

Ramai yang tahu tentang kehebatan filem ini dalam mengetuk kutipan pecah panggung, gelagat Jack Sparrow yang sering menggelikan hati pasti dapat menghadirkan sekurang-kurangnya satu senyuman sinis. setakat ini semua sekuel filem ini berjaya dapat kutipan box office. Sekual ketiga filem ini "At World's End" dihasilkan dengan modal sebanyak $300 Juta.

1. Pirates of The Carribean: On Strangers tide (2011)

filem ini merupakan sekuel ke empat Pirates of Carribean. Diterbitkan oleh Swashbuckler film, dan merupakan filem termahal dalam sejarah dengan bernilai $378.5 Juta
Dikuasakan oleh Blogger.