Header Ads

'Europabruecke' secara rasmi tercatat sebagai jambatan terpanjang dunia dengan rekod 1,620 kaki panjang kini dibuka


Jambatan 'Europabruecke' secara rasminya merupakan jambatan yang paling panjang didunia. Ia merentasi jurang Grabengufer iaitu sebuah kawasan dikaki gunung tertinggi di Switzerland- 14,911 kaki tinggi dari paras laut. Kalau sebelum ini pendaki terpaksa menggunakan jalan yang lain untuk merentas gunung itu kerana jambatan lama sudah rosak akibat batu jatuh.

Kalau anda ada rezeki untuk kesini, admin pesan jangan pandang bawah. Jambatan gantung ini panjangnya 1,620 kaki dan di rekodkan sebagai jambatan terpanjang. Selain itu jambatan ini menghubungkan kampung-kampung di gunung Zermatt dan Graechen di Randa, Switzerland. Hebatnya jambatan ini ia dipegang dengan lapan tan kabel dan setiap kabel tersebut mempunyai dua kaki lebar.

Pada tahun 2010, jambatan ini telah ditutup kerana batu-batu yang jatuh dan rupa bumi yang tidak stabil. Kini telah dibuka semula dengan pembaharuan yang telah dibuat. Walaupun jambatan gantung ini adalah yang terpanjang didunia untuk pejalan kaki. Namun ianya hanya untuk pejalan kaki sahaja, kenderaan lain seperti motor atau kereta tidak dibenarkan sama sekali.

Jom kita tengok berapa panjang jambatan ini dan betapa indahnya kawasan sekeliling yang korang boleh lihat dari atas jambatan tersebut.












Dikuasakan oleh Blogger.