Header Ads

Dianggap sebagai kekasih anak sendiri, ibu 49 tahun ini masih awet muda dan bergetah.



Kelihatan awet muda, bergetah dan cantik seperti muda - muda dulu. Memang boleh terjadi.

Wanita bernama Liu Yelin ini hampir 50 tahun dan anaknya dianggap kekasih beliau. Oleh sebab rahsia awet mudanya, ramai menganggap beliau dan anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu pasangan kekasih.

Mana taknya, lihat saja kecantikan wanita anggun ini! Tiada langsung sebarang kesan kedutan. Sudahlah badan ramping umpama supermodel. Malah Yelin juga mengatakan ramai ingin mengetahui rahsia awet muda beliau setelah mengetahui umur sebenarnya.



Rahsia awet muda Yelin

Rahsianya adalah dengan bersenam secara rutin sejak 3 dekad lalu. Antara aktiviti bersenam yang paling digemari beliau adalah berenang. Yelin akan berenang di tasik dan melakukan senaman angkat berat setiap hari. Yelin juga dikatakan paling suka berenang di luar ketika musim sejuk.

Wanita hebat ini mengekal kecantikan dan rahsia awet muda dengan aktif berenang. Beliau pernah berenang di Sungai Yangtse, China dan Sungai Han di Korea Selatan. Tahun lepas beliau berenang dari Pulau Pinang ke Selat Melaka! Yang paling hebat, beliau berenang sepanjang 7.45 batu dalam masa 4 jam.

Yelin juga berkongsi beliau mula bersenam secara aktif sejak berusia 17 tahun lagi. Sebelum ini, beliau bekerja di perpustakaan. Antara amalan yang tidak dilupakan oleh beliau setiap tahun adalah amalan menderma darah.




“Jika anda rasa anda kelihatan tak menarik, ia sebab anda tak mengeluarkan peluh yang mencukupi.” Yelin




Untuk mengekalkan awet muda, air laut membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Membakar kalori juga lebih senang dengan aktiviti berenang sebab senaman ini sama macam anda berlari atas treadmil dan meneglak masalah masalah kardiovaskular seperti sakit jantung.

Dikuasakan oleh Blogger.