Header Ads

Di Youtube, lagu "I Am Me" yang dihasilkan oleh KRU Music telah cecah 9.1 juta penonton


Suka ataupun tak, Ratu kosmestik Datuk Seri Vida dengan lagu single sulungnya " I Am Me" mencecah 9.1 Juta tontonan di Youtube dalam masa 3 bulan.

Diterbitkan pada 13 Julai, lagu "I Am Me"(OFFICIAL LYRIC VIDEO) telah menerima sebanyak 69,000 like dan 37,000 bagi yang tidak suka.

Lagunya yang telah dihasilkan oleh KRU Music itu, menampilkan latar belakang merah jambu dan tangannya yang penuh dengan barang kemas apabila lirik lagu itu muncul di skrin.

Di ruang komen tersebut, ada juga komen-komen yang membahan lagu itu, namun ada juga yang memuji atas keyakinan dirinya.


Ramai juga yang mengucapkan kata tahniah kepada beliau kerana mencatat 9.1 juta view.

Antara komen tersebut adalah" Tahniah Datuk Seri Vida! Lagu yang menarik sampai buat orang terngiang ngiang dalam kepala dengan lagu "I Am Me"

Datuk Seri juga memberitahu bahawa sebanyak RM 1 juta telah dihabiskan pada muzik video "I Am Me" ini. Jadi memang berbaloilah atas usaha yang kos yang telah dikeluarkan beliau sehingga orang lain juga turut terjebak dengan lagu yang sangat catchy ini.

Antara komen yang telah melihat musik video "I Am Me"






Dikuasakan oleh Blogger.