Header Ads

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kereta yang macam mana kita nak beli?


Ramai yang tertanya kalau nak beli kereta, kereta apa nak beli? kereta yang macam mana nak beli? cuba guna pakai sebagai panduan apa yang admin sharekan

1. Harga mampu milik

Dalam banyak-banyak ini lah yang terpenting sekali, dengan kos sara hidup yang makin tinggi adakah kita mampu untuk menanggung kos bayaran bulanan kereta tersebut. Jangan sebulan dua je mampu nak bayar lepas tu tergantung.

2. Rendah kos maintenance

ini juga menjadi ciri-ciri yang perlu dikaji kerana mungkin akan menjadi salah satu beban kepada si pemakai jika diabaikan. sudahlah bayaran bulanan perlu dilangsaikan, maintenance yang kadang-kadang buat tu pun boleh menjadi beban tambahan kepada si pemakai kereta.

3. Kenderaan Ekonomi

Maksud ekonomi yang admin ingin nyatakan adalah kenderaan ekonomi yang dilengkapi dengan sistem penjimatan bahan bakar. Seperti semua sedia maklum, dengan harga minyak yang selalu berubah-ubah agak sukar untuk kita melakukan penjimatan perbelanjaan petrol, jadi sistem ini mungkin dapat membantu anda menjimatkan penggunaan bahan api.

4. Kualiti kereta

Cari la kereta yang mampu bertahan dari kerosakan-kerosakan besar untuk tempoh 5 tahun yang pertama, sedikit sebanyak akan dapat membantu anda jimatkan duit anda.

5. Harga jualan semula

Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan kereta tersebut untuk sementara waktu, mungkin anda perlu mencari sebuah kereta yang dijangkakan akan berada di tahap tertinggi. supaya bila anda nak jual balik dan beli kereta baru anda boleh gunakan kereta tersebut sebagai bahan trade-in.
Dikuasakan oleh Blogger.