Header Ads

Dengan berhenti merokok, lelaki ini jimat sebanyak RM4875 dan mampu untuk membeli iPhone 8 Plus


Carlos Phang berkongsi pengalamannya tentang bagaimana dia dapat berhenti merokok dan dapat manfaat daripadanya

Selama lebih dari 10 tahun, dia telah menghisap 30 batang rokok setiap hari. Namun dengan tekad dan keazamannya, dia mampu mengawal ketagihannya itu dan akhirnya berhenti merokok. 

Menurut Carlos, dia memutuskan satu hari untuk tidak menyentuh sebarang rokok sama sekali. Pada pendapat beliau orang lain akan menggunakan cara untuk mengurangkan jumlah rokok tetapi tidak bagi dia. Dia menjelaskan bahawa dengan berbuat demikian, seseorang itu akan banyak kali fikir bila dia boleh hisap untuk batang yang seterusnya.


Selama tiga hari pertama, banyak cecair yang menitis keluar dari hidungnya dan sudah tentu dirinya sendiri rasa tidak selesa. Disamping itu, dia tidak dapat tidur lena dan berasa lesu di tempat kerja. Tetapi, katanya dengan cara itulah badannya mahu buang segala toksin yang terkandung didalam badan.

Dia juga mencadangkan perbanyakkan minum air dan menyibukkan diri dengan kerja lain selama tiga hingga ke lima minit, sekiranya ada rasa nak merokok.

Dalam tempoh 6 bulan, satu batang pon dia tidak sentuh, dia mampu menjimatkan duit sebanyak RM4,875. Jumlah yang mencukupi untuk membeli sebiji iPhone 8 Plus!

Carlos katakan bahawa tidak pernah terlambat lagi untuk berhenti merokok dan yang paling penting ialah untuk menunaikan hasrat diri untuk berhenti dari melakukan tabiat buruk ini.


Dikuasakan oleh Blogger.