Header Ads

Datuk terkejut selepas melihat cucunya hilang dan mendapati budak itu berada di dalam mesin permainan.


Baru-baru ini di china seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia terperangkap dalam mesin permainan di sebuah pasar raya.

Budak lelaki yang baru berusia tiga tahun itu pergi ke pasar raya bersama dengan datuknya pada 17 Oktober lepas, semasa datuknya sedang beratur untuk membayar barangan yang dibelinya, datuknya mendapati cucunya telah hilang.

Beliau pun mencari cucunya itu namun dia terkejut selepas mendapati cucunya itu berada di dalam sebuah mesin permainan.



Macam mana budak itu ada didalam mesin tersebut?

Budak lelaki itu telah merangkak masuk ke dalam lubang mesin permainan itu untuk mengambil anak patung didalamnya. Oleh kerana terlalu panik, lelaki itu segera memanggil seorang pekerja pasar raya untuk minta bantuan.

Pekerja pasar raya yang bimbang budak lelaki itu mungkin kelemasan akibat kekurangan oksigen mengambil keputusan untuk memecahkan cermin kaca permainan berkenaan.

Selepas cermin kaca itu dipecahkan perlahan-lahan, akhirnya mereka berjaya mengeluarkan budak lelaki berkenaan dengan selamat.

Pihak pasar raya turut menggantung operasi mesin permainan berkenaan sehingga siasatan selesai.
Dikuasakan oleh Blogger.