Header Ads

Datuk Shah Rukh Khan beri pujian kepada Kak Girl dan suaminya yang muka selamba


Kalau korang tak pernah kenal Kak Girl, namanya dah jadi viral start dari tahun 2016 bila beliau banyak buat video-video lip-sync lagu-lagu femes. Kalau tahun lepas dia banyak merakamkan gelagatnya didalam kereta sambil beraksi dan sekarang Kak Girl turut menampilkan suaminya sekali, Mohd Hafizi Marzuki, 26 dengan wajah "priceless" ketika memandu didalam video.

Pernah tersenarai sebagai 16 orang paling viral tahun 2016, Kak girl atau nama sebenarnya Nur Amira Jaslan, 30 nampaknya telah menarik perhatian bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Kali ini Kak girl memilih untuk memparodikan lagu Bole Chudiyan dari filem Kabhi Khushi Kabhie Gham lakonan Shah Rukh Khan. Video berdurasi seminit itu telah dikongsi di Twitter oleh Asad Shan.


Apa yang seronoknya bila video tersebut telah menarik perhatian aktor terkenal itu dengan komen "Wow!! And the gentleman is so underplayed!!!"



Bila admin nampak komen Shah Rukh Khan itu, memang gempaklah! Bertuahnya Kak Girl dapat suami yang selamba dan gila-gila. Mana tahu selepas menerima komen dari Shah Rukh Khan, suami Kak Girl boleh sekali-sekala menari dan turut lip-sync bersama. Retweet dari Shah Rukh Khan itu sehingga kini telah mendapat 893 komen, 2,600 retweet dan 8,900 likes. Shah Rukh Khan yang juga popular dalam kalangan pengguna Twitter sehingga ini telah mengumpul seramai 28.5 juta pengikut.
Dikuasakan oleh Blogger.