Header Ads

Civic Type R cipta rekod sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas di dunia


Honda Malaysia dah umumkan ketibaan model Honda Civic Type R ke pasaran Malaysia. Model yang diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat dilitar Nurburgring.

Civiv Type R baru ini mengaplikasikan konsep berteknologi tinggi sehingga dapat mencipta rekod baru bagi model produk FWD. Pembaharuan yang dibuat pada Civic antaranya penambahbaikan bahagian aerodinamik yang menawarkan prestasi lebih baik dan stabil.


Dibuat dengan rangka badan yang lebih kukuk, Civic Type R menggunakan enjin 2.0 liter Vtec cas turbo. Enjin itu mampu menghamburkan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi manual 6 kelajuan yang dapat memberi pengalaman pemanduan yang seronok dan berprestasi.

Research and Development Honda telah hasilkan tranmisi manual yang mampu menukar gear dengan tepat. Hot hatch itu dipadankan dengan 3 mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan Plus-R. Ketiga-tiga mod itu akan menala pada bahagian Adaptive Damper System (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan traksi dan sistem brek. Setiap mod pemanduan menawarkan kestabilan pengendalian dan pemanduan.


Selain itu, penggunaan sistem ekzos menampakkan kereta lebih sporty menerusi bunyi ekzos yang garang ketika memecut. Pada kelajuan maksimum, ekzos turut menghasilkan hasil berkuasa manakala pada julat putaran tinggi ia mengurangkan bunyi yang tak menyenangkan

Rim aloi aluminium 20 inci yang direka untuk kelajuan dan pemanduan agresif. Brek pula diserahkan kepada brek Brembo berkualiti tinggi.


Honda Civic Type R untuk pasaran Malaysia diimport dari Kilang Honda Swindon, United Kingdom manakala bahagian enjin dihasilkan di Anna, Ohio ( Honda of America Manufacturing Inc.)

Dikuasakan oleh Blogger.