Header Ads

Calon isteri yang terbaik adalah wanita yang keras kepala, ini 5 sebab anda perlu tahu


Nak hadap orang yang keras kepala ini bukan benda yang senang, kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang dia sudah percayai dan inginkan.

Tapi seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik. Tak percaya? Jom kita lihat kenapa.

1- Dia tahu apa yang dia mahukan

Wanita keras kepala, dia tahua apa yang dia nak kan dan mempunyai kemahuan besar untuk mendapatkannya. Ia tegas dengan apa yang dirasakannya dan apabila hal tersebut menyangkut pada orang-orang yang dicintainya

2- Dia dapat kawal emosi sendiri

Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepada adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang yang buatkannya bersemangat dan berjuang mati-matian untuk mendapatkannya. Wanita keras kepala adalah seorang yang sangat emosional dalam cara positif.

3- Dia akan mendorong anda jadi lebih baik

Kadang, orang lain lagi tahu apa yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu apa perkara yang baik untuk anda.

4- Dia adalah seorang yang tabah

Seorang wanita bersifat kerasa kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana suatu tujuan. Sebab dia mahukan sesuatu

5-Dia jelas

Wanita ini bukan jenis yang tunduk patuh, ia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana takut, kesian atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya tetap jelas untuk anda.



Dikuasakan oleh Blogger.