Header Ads

Cadangan menaikkan harga rokok sehingga RM50 diusulkan pada pembetangan Bajet 2018


Pada pembetangan Bajet 2018 baru-baru ini, cadangan supaya harga rokok dinaikkan sehingga RM50 sekotak telah diusulkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membendung gejala dadah yang melibatkan belia dan remaja.

Cadangan ini telah diutarakan oleh Ahmad Saparudin sebagai Setiusaha Agung Majlis Belia Malaysia bagi menyukarkan para remaja dan belia untuk mendapatkannya apabila harga telah dinaikkan.

Ini kerana kebanyakkan masalah berkaitan anak luar nikah, penagih dadah dan virus HIV berpunca daripada rokok, selain turut menjadikan penyebab kepada beberapa masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Kalau sekarang ini harga rokok di Malaysia RM17 mari kita lihat harga rokok di 10 buah negara didunia, berapa pula harganya yang telah direkodkan berdasarkan (UN Office of Drugs and Crime)

1. Australia- Sekotak 18.45 AUD bersamaan RM 61.00

2.Singapura- Sekotak 9.46 SGD bersamaan RM 29.00

3. Kanda- Sekotak 8.70 CAD bersamaan RM 28.00

4. Switzerland- Sekotak 8.29 CHF bersamaan RM 35.50

5. Amerika Syarikat- Sekotak 13 USD bersamaan RM 55.00

6. Pakistan- Sekotak 1.02 USD bersamaan RM 4.32

7.Vietnam- Sekotak 1.04 USD bersamaan RM 4.40

8.Nikaragua- Sekotak 1.10 USD bersamaan RM 4.70

9. Kamboja- Sekotak 1.10 USD bersamaan RM 4.70

10. Filipina- Sekotak 1.11 USD bersamaan RM 4.75

Dikuasakan oleh Blogger.